Friday 29 March 2013

Upah...

Alkisahnya...duduk saja2 tiba-tiba teringat pulak pada kisah Upah....
Hemmmm.... Pinggan banyak kat dapur, nak memasak lagi nanti EnKekanda dah nak pulang tapi belum sempat nak siapkan MakanMalam...Ayam nak kena kukus dulu..Nasi pun belum tanak lagi...tiba2 bila pusing aje...Adoi...pinggan banyaknya lah nak kena basuh...masa ni rasanya kalaulah ada banyak tangan mesti senang kerja di dapur kan...tapi kalau banyak tangan EnKekanda lari pulak...bukan setakat EnKekanda aje yang lari anak pun taknak tengok udah macam 'alien' jer...tak pelah matikan ajelah niat nak bertangan banyak...
Tiba2 ada yang mengoferkan diri nak tolong Bonda di dapur kesian katanya...bila ditengokkann muka memanglah seronok sebab Si Abang dan Si Adik ni tadi dah beriya-iya mengangkut kerusi ikea masing2 kat sinki sebab nak tolong basuh pinggan tapi bila dipikirkan kembali macam menyibuk ajerlah budak2 ni...hemmmmm....xpelah janji Bonda sabunkan dan kemudian tinggalkan pinggan, cawan, sudugarpu, periuk dibilasnya...sambil tu mata ni menjeling jeling jugak yelah risau ada pulak pecah pinggan ngan cawan tapi tekadkan ajelah hati ni nak dilarang nanti terbantut pulak sifat nak membantu Bondanya didapur...kat dalam hati ni terdetik gak kan bagus kalau Bonda dikurniakan sorang anak perempuan...Fuhhhh...xpelah next time punya plan...nanti kita bincang sama EnKekanda boleh ke idak...huhuhuhu...
Alhamdulillah dah siap masak, dapur dah dibersihkan, pinggan mangkuk cawan periuk semua dah dibersihkan dan EnKekanda pun baru je sampai .....dan part yang paling bestnya "Ayah nak upah sebab tadi Abg dan Adik tolong Bonda basuh pinggan, tengok ni basah baju Adik" .....Kami berdua terus pandang pada Adik. Rasanya Adik memang bajunya basah sikit aje tapi yang membuatkan basah lagi banyak, tang air liur tak tahan tengoknya...kesian anak bonda ...nak tergelak tengok muka adik yang terkulat2 mengelap air liur dengan matanya nya besau tu...
"ok..rajinnya anak Ayah, nah upah simpan dalam tabung'..kata EnKekanda...tapinya tiba2 budak berdua tu melompat sambil menjerit "yeeee.....bolehlah esok kita beli bas Adik kan Adik kan....oh rupanya nak tolong Bonda kat dapur nak Upah lah ye nak belikan mainan yang diminta petang tadi tapi tak dilayannya Bonda...hemmmmmm budak2 zaman sekarang ade ade aje...Alkisahnya Upah....

KerjaSekolahOhKerjaSekolah

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Rasanya sudah hampir seminggu cuti sekolah berlalu...dan cuti kali ini Si Abang menghabiskan masanya bersama Opah...Biasanya Si Abang akan dihantar ke Kampung sebelah Pahang tapi memandangkan kali ini Opah beriya-iya nak menjaga cucunya maka Alkisahnya pun setiap hari rutin cuti sekolah ni tiap2 pagi akan menghantar Si Abang ke rumah Opah (IbuMertuaKu)....
Cuti Sekolah maka KerjaSekolah pun cuti ye Abg...Buku yang dibekalkan dalam beg langsung tak diendahkannya sebaliknya bila ditanya setiap kali menjemput pulang mesti alasannya "Lupalah Bonda"........dan lagi best alasannya dia akan cakap "tak jumpa pun buku Abang, Bonda letak kat mana?"....rasanya tiap kali nak keluar rumah Alkisahnya dah banyak kali remind pada dia yang buku ada dalam beg bersama "tablet" dia tu tapi yang dijumpanya cumalah "tablet" itu aje...Hemmmm xpelah Abang namapun cuti sekolah....
Jadinya bila kerja sekolah yang dibekalkan tidak dapat disiapkan maknanya malam tadi terpaksalah Bondanya memaksa Si Abang menyiapkan KerjaSekolah yang ada....tiba2 yang tidak berkaitan pun menyibuk nak buat KerjaSekolah siapa lagi kalau bukan Si Adik yang bersungguh-sungguh dah siap sedia dengan pensil warnanya....harapkan Si Abang siapkannya kesudahannya Si Adik tadi yang buat, siap warnakan buah betik macam pelangi pun ada gak dikerjakannya....
Adik oh Adik... Bab2 warna ke, melukis ke, menulis ke, semua dia nak buat tapi bila bab bercakap kadang-kadang Bonda pun tak faham apa yang Adik nak ceritakan kena tanya tukang 'translate' siapa lagi kalo bukan Si Abang tadi...Akhirnya KerjaSekolah Si Abang tadi yang berwarna warni dah siap dengan bantuan Si Adik...bukan main hapy lagi ...macam2 kerenah bila tiba cuti sekolah....Alkisahnya KerjaSekolah....

Thursday 21 March 2013

KosRM2jer...

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! 

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang
 
Untuk mendapatkan pelbagai info kesihatan,konsep ilmiah, sosial,kekeluargaan, bermacam-macam lagi : 

Jom LIKE & SHARE 

https://www.facebook.com/AtinaChanBoutique
Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bah...an2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang

Tuesday 19 March 2013

NoTelAllah???

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Alkisahnya...Pada hari sabtu lepas 16/3/2013 Si Abang telah mengikuti satu program di sekolah Tadikanya iaitu KemSolat...So setiap pelajar diwajibkan memakai baju melayu siap bersongkok atau kopiah tapi seperti kebiasaannya Si  Abang akan selesa dengan kopiah putih yang dibelikan di Mydin...Selesa katanya kepala Abang tak berpeluh...Katanyalah...
Jadi setelah habis KemSolat tersebut bila balik seperti biasa Alkisahnya akan bertanya apa yang dipelajari di sekolah tadi...Si Abang bersahaja je mukanya menjawab konon2 katanya di ada kawan Ustaz kat situ yang mengajar dia dan kawan-kawan.
Bonda : Macamana belajar arini seronok tak abang?
Abang : Seronok....rugi adik tak ikut...
Adik : Adik tak itutla...tu butan cekolah adik...(loghat pelat dia sambil airliur menitik ditambah kembang2 hidungnya)...
Bonda : Ok apa yang abang belajar...Ustaz kawan abang tu ada tak?
Kebetulan masa tu Ayahnya tengah duduk bersimpuh membaca surat khabar sambil si Abang datang terus pegang kaki Ayahnya...
Abang : Haaa...macam ni lah cara nak duduk dalam solat..Ustaz ajar tadi...pandai lah Ayahni...
Bonda : Iye...lagi...
Abang : Nak tahu tak NoTelAllah?
Bonda : eh peliknya bunyi Abang Tuhan mana ada no. tel? Sapa ajar abang ni..?
*Berderau jantung Alkisahnya dibuatnya*...
Abang : Adaaa. ... Ustaz kata kalau kita nak Allah dengar kita cakap kenalah buat 24434 masa tulah Allah dengar cakap kita....Faham...*bersungguh-sungguh si Abang tadi terangkan*
Alamak secara automatiknya barulah Alkisahnya terfikirkan maksudnya NoTelAllah 24434 tadi rupanya Solat Subuh 2 rakaat, Solat Zohor 4 rakaat, Solat Asar 4 rakaat, Solat Maghrib 3 rakaat dan Solat Isyak 4 rakaat...jadinya betullah NoTelAllah 24434...Aduhai...
Apapun terima kasihlah kepada Ustaz dan guru-guru sekolah di TadikaHalimatusSaadiah kerana keikhlasan semua mengajar anak2 tersebut...Sebenarnya malu pun ada gak sebab terpikir benda yang lain, tapi tak apalah mungkin inilah cara nak mengingati berapa rakaat setiap solat tersebut...Alhamdulillah...
Alkisahnya NoTelAllah...Sekian...

Friday 15 March 2013

TraficLightVSJem

Assalamualaikum
Salam Hormat dan Salam Kasih Sayang ....Alkisahnya....
Seperti kebiasaan apabila tiba waktu hari bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat semua orang akan menghadapi masalah yang sama tidak kira menggunakan kenderaan bertayar 2,3,4,6,8 atau sebaliknya...
Alkisahnya juga tak terlepas dari masalah TraficLighVSJem ni...tiap hari waktu bekerja asal pagi aje jem, asal tengahari aje jem, asal nak balik aje jem...ada aje simpang jem..terutamanya simpang 4 depan susur nak masuk kat tempat kerja mesti jem...
Tapi semenjak En.TraficLight menghadapi masalah tidak menyalakan lagi lampunya yang bewarna Kuning,Merah dan Hijau tu secara automatik masalah jem ke tempat kerja terus lenyap...bayangkan tanpa En.Traficlight yang selama ini menyebabkan kesesakan lalulintas telah mengubah persepsi masyarakat yang terlalu bergantung kepada warna-warni En.TraficLight ini telah mengubah corak perjalanan dari sesak sekarang tidak lagiii.....
Kekadang Alkisahnya merasa kagum kerana masyarakat Malaysia ni berbudi bahasa dan bersabar rupanya kerana masing-masing tahu untuk susur masuk ke simpang masing-masing tanpa mementingkan diri sendiri...memang mengagumkan kerana sikap kita ini menggambarkan Masyarakat Malaysia tinggi nilai Disiplin diri, Berbudi Bahasa dan apa-apa ajelah yang positif...*ahakkk termasuklah Akisahnya*.....
Diharap sikap begini akan diteruskan selama-lamanya...terutama Masyarakat kita yang berbilang kaum, Agama dan Bangsa...ProudToBeMalaysian....Alkisahnya TraficLightVSJem....

Akhirnya...

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Hari Jumaat penuh dengan keberkatan...
Alhamdulillah akhirnya penantian Alkisahnya dari tahun lepas sudah selesai hari ini...mohon segala apa yang dilakukan mendapat kerdhaanMu...Amin...
Dan dalam masa kita mensyukuri nikmat yang diberiNya, dalam masa yang sama ada juga insan yang memerlukannya...Insyaallah selagi masih ada nikmat pada diri ini, dengan IzinNya bolehlah membantu mana yang termampu...
Akhirnya mungkin juga permulaan bagi sesuatu yang baru kerana hidup ini tiada pengakhiran dan permulaan kerana kita masih memerlukan antara satu sama lain untuk saling meneruskan kehidupan di dunia yang hanyalah pinjaman semata-mata...Insyaallah...Alhamdulillah...
Alkisahnya....Akhirnya...

Tuesday 12 March 2013

KucingOhKucing...

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Alkisahnya KucingOhKucing...benda yang hidup samada berbulu lebat atau tidak, bermisai, mata yang agak bulat, ada gigi yang tajam, apa lagi ye...entah takkisahlah...
Tapi, pernah dengar tak kucing pandai naik lif...Memang kalau difikirkan tak logik juga statement mengatakan kucing pandai naik lif yelah macamana nak tekan butang lif tapi kes seperti ini berlaku Si Kucing akan menaiki lif sekiranya ada orang menggunakan lif tersebut...dan Si Kucing ini tadi akan mengambil kesempatan pintu lif terbuka tadi untuk merayau-rayau ke tempat yang memang akan ditujunya...Contohnya level rumah kami ni...
Yang peliknya Si Kucing ni akan memilih orang juga nak naik lif terutamanya apabila melihat orang dilevel kejiranan kami dia pasti akan ikut...hemmm pandai kan...Nanti Alkisahnya nak search kat Mr.Goggle Si Kucing ni memang ada deria yang kuat ke sehingga boleh kenal dan bau boleh ikut orang yang sama...dan masalahnya kami tak pernah bagi makan cuma jiran kami sahaja yang suka melayan kerenah Si Kucing ni dengan Friskies....
Begini ceritanya malam tadi (11/03/2013) jam 10 malam,  kami tiba di rumah setelah balik melihat Abah yang tidak berapa sihat...Kami menunggu lif di level G.  Memandangkan Adik dan Abang dah pun tertido akibat keletihan jadinya Alkisahnya n En. Kekanda terpaksalah dukung sorang satu...Kira adillah tu...bila lif terbuka di Level G kami dah ternampak kelibat kucing tadi bersama sepasang suami isteri dari Level LG menaiki lif tersebut.. Yang peliknya masa pintu lif tadi terbuka Si Kucing tadi duduk relaks aje macam biasa tak ada apa2 tapi bila En. Kekanda melangkah aje masuk lif mulalah dia mengiaw melilit lilit kaki En. Kekanda ni , mengada betul perangai nya dan En. Kekanda ni sebenarnya melayan jugak Si Kucing ni mungkin En. Kekanda sebenarnya setiap kali pergi buang sampah atau balik dari kerja mesti Si Kucing ni tadi akan ikut tak kira waktu siang ke malam ke...Sampai ada sekali siap dibawanya Si Kucing ni masuk kedalam rumah alasannya kesian Si Kucing tak makan mungkin lapar..*Pernah sekali tanya kat En. Kekanda kalau dibiarkan Ekor Si Kucing kat lif boleh tak..Huhuhu* Agak kejam Statement tu kata En. Kekanda....
Betullah mungkin Si Kucing ni menjadikan sasaran En. Kekanda sebab Alkisahnya memang kalau datang dekat kaki siap...Alamatnya keluarlah kau Si Kucing...Mungkin muka En. Kekanda ni tak berapa garang sebab tulah Si Kucing tadi suka mengikut aje ke mana En. Kekanda pergi.... Alkisahnya KucingOhKucing....

Friday 8 March 2013

PemainBolaSepakCilik

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Alkisahnya , semalam cuti EmergencyLeave gara-gara Si Abang tidak sihat sejak kebelakangan ini... Jadinya Alkisahnya apa lagi merancang pelbagai aktiviti dirumah hinggalah ke taman yang berdekatan dengan rumah...
Si Abang yang pada mulanya demam tiba-tiba sihat bila diajak pergi ke taman membawa bola sepak bersama.  Apatah lagi Si Adik dengan semangat gigih nak bawa juga bola kecilnya dan disebabkan rugutan Si Abang tadi mengatakan hanya baby aje yang main bola macam tu jadinya Si Adik dengan muka tak puas hati terpaksalah meninggalkan bola kesayangannya dirumah...
Tapi, Alkisahnya nak tergelak bermula keluar aje pintu rumah Si Adik banyak kali tanya seluar Adik ok tak? Jadi Bondanya mengiyakan yang seluar dia ok aje..Walaupun nak tergelak sebab Si Adik tak tentu arah tarik baju tarik seluar yang warna nya lain *(Bukan Sepasang macam Si Abang ada gaya nak main bola)*.......Sampai di Taman Permainan si Adik terus sepak bola seolah-olah macam dah handal sangat dengan gayanya yang tersendiri...siap arahkan Si Abang duduk hujung-hujung padang sebab nak tendang bola jauh-jauh...Aduhai Adik, Si Abang layan jer kerenah sebab kalau tak dengar arahan nanti Adik menjerit atau paling idakpun menangis dengan suara yang kuat tu...
Kebetulan petang tu ada juga yang main bola dan bayangkan ada dua bola atas padang satunya bola memang saiz untuk orang dewasa (sedang2 sekolah rendah) dan satu bola lagi saiz memang sesuai untuk budak-budak umur macam Si Adik dan Si Abang...
Sedang main tiba-tiba muncul baby yang baru pandai berjalan nak sepak bola tu juga...kecoh jugak dibuatnya sebab Abang2 Sekolah tadi dah terganggu dengan kehadiran si Kecil tu tadi...Alkisahnya apa lagi memang tergelak ajelah tengok kelaku Anak2 dan yang lain sebab padang tu hanyalah untuk permainan bola tampar sahaja so agak kecoh lah jugak.....
Setelah penat si Adik mengejar bola tadi beralih lah pulak ke taman Playground...dan seperti kebiasaannya nak endingkan *lawatan* ke taman permainan kenalah singgah kat kedai beli apa2 yang patut dan pastinya kena pilih satu sahaja.  Si Adik seperti biasa akan pilih Milo Kotak katanya nak kuat berlari dan si Abang akan pilih lain dari Si Adik...
Memang masa cuti dipenuhkan dengan aktiviti dan terhibur jugak dibuatnya dengan gelagat Anak2 semalam...Kiranya cuti EL Bonda memang terisi dengan aktiviti bersama Si Abang dan Si Adik...terima kasih Adik&Abang sebab tak buat perangai semalam... Alkisahnya PemainBolaSepakCilik...
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template