Thursday 25 April 2013

HujanDalamRumah...

Assalamualaikum ...
Salam Hormat dan Salam Pagi Khamis buat semua...
Alkisahnya....semalam waktu balik kerja memang hujan lebat sangat2 hingga kan terbawa balik kawan punya laksa yang dipesan supaya ditinggalkan kat taska...aduiiii....punyalah lebat sampai Alkisahnya rasa bawa kete dalam 40km/j...terhegeh-hegeh sebab risau terbrek emergency takut Si Adik pulak yang membebel...yelah semenjak dua menjak ni mulut Si Adik ni asyik bercakap jer kalah Bonda dia...hemmmm..mana lagi kuah kalau tak tumpah ke nasi...dulu Bondalah yang selalu membebel dalam kereta cerita itu cerita ini kat Anak2 tapi bila dah dapat mulut terpaksalah mulut bonda pulak yang terkunci dgr jelah apa yang Si Adik cerita...
Oklah tu cerita hujan sewaktu balik kerja tapi ni ada lagi cerita disebalik kejadian hujan waktu petang semalam...memandangkan 2 hari berturut-turut En.Kekanda ku memang terpaksa kerja overtime balik lewat malam maknanya dengan rasminya Alkisahnya telah diamanahkan oleh En.Kekanda menjaga anak2 dia tu...Rasanya tiap2 hari aku buat benda perkara yang sama sehingga lah budak2 tu tidur..oppsss *Kalau ada En.Kekanda dia yang rajin tunggu anak2 dia tidor sebab En.Kekanda suka tgk tv sampai tengah malam*...heheheh padan muka jadinya terpaksalah bonda bersengkang mata tengok jer gelagat korang berdua...
Jam 11 malam sudah pun tiba tapi budak2 ni belum jugak tidor , mata ni dah berat tapi dalam hati bilalah korang nak tidor ni...dalam tak sedar tiba2 Si Adik berbunyik sambil tu mata kononnya dah pejam ala2 buat2 tidor.."Bonda adik nak susu"....ok aku pun bangun buat susu untuk Adik dan Abang....lepas minum dgn bonda sekali tak sedar...alih2 bila sedar dalam jam 12 malam aku rasa badan aku kesejukkan macam dah basah...yelah petang tadi punya hujan terbawa2 hingga ke malam nya sejuk betul....
Tangan meraba-raba orang disebalahku sape lagi kalau bukan Si Adikk....adoiiii..ingatkan hujan kat luar jer tapinya kat dalam rumah pun dah ada hujan...apa lagi kalau bukan si Adik dah terkucil disebabkan tak dipakaikan pampers sebelum tidur ditambah pulak minum susu sebotol...tak sedap hati tangan Bonda meraba pulak orang disebelah Adik...sape lagi kalau bukan Abang...Adoiiii..betul tekaan ku Abang nya pun dh basah lecun dari atas ke bawah...*Geramnyaaaaa*...nasib baik malam tadi bonda baik hati ditukarkan sorang2 dgn baju lain....elok habis tukarkan baju En.Kekanda pun sampai...pandai budget masa ingatkan time dia ada anak2 dia buat perangai...*huhuhuhu huduh betul perangai bonda*...
Itulah ingatkan hujan di luar rumah tapi ada jugak HujanDalamRumah...Alkisahnya....

Tuesday 23 April 2013

AdabBerkawan....

Assalamualaikum...

Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Blog yang baru ku baca dan saja nak tambah ilmu pengetahun di dada...yelah asyik baca gosip ajer kata orang ni tak betul orang tu entah apapa entah..tapi diri sendiri huhuhuhuh lu pikirlah sendiri ....
Alkisahnya pun tertarik dengan petikan kata2 dari satu blog ni yelah ala2 muslimah tak salah kan sesekali kita share sesuatu yang berguna untuk diriku jua dan dirimu jua....

So , sama2 lah kita membacanya dan diharap perkongsian ilmu ini boleh lah digarapkan didalam jiwa anda semua...cewah Alkisahnya dah macam penceramah pulak yelah sekarang ni kan sibuk nak pilihanraya jadinya terpanggil-panggil pulak rasanya...Selamat membaca....

Adab Berkawan


1) Tidak berlebih-lebihan menyayangi
2) Menyayangi semata-mata kerana Allah
3) Mendoakan kawan tanpa pengetahuannya.
4) Bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya.
5) Hindarkan dari dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam, melanggar pantang larang Islam kecuali untuk tujuan berdakwah kepadanya

Rasulullah saw bersabda, kasihilah seseorang secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi kawanmu (Riwayat Tirmidzi)

Kata pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada“. Dalam hadith yang lain disebut: “Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah akan berada di atas kursi yang diperbuat dari yaqut (delima) di keliling arasy

Orang Islam kena sayang antara satu sama lain. Menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah ialah berkawan tanpa kepentingan peribadi (untuk mendapatkan sesuatu) atau kerana nafsu (contohnya sama-sama meminati perkara yang tidak baik seperti judi).
Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Fahamkan wahai sahabatku semua yang dicintai dan dikasihi....Aminn....
Alkisahnya AdabBerkawan....

YangLamaTukarKepadaBaru

Assalamualaikum...
Hemmm...entry apa ni ye YangLamaTukarKepadaYangBaru...cite tentang sorang wanita tiba-tiba terima satu ilham untuk menukar daripada yanglamatukarkepadayangbaru....setelah disedari tentang YangLama tu perlu ditukar sebabnya setiap kali pergi ke bank mesti kena tembak dengan "Pakcik Kaunter" ....huhuhuhu...ni bila nak tukar yang baru?...Betul ke ni muka awak?...Ari cuti pun kaunter JPN buka tau....heeiiii macam2 "Pakcik Kaunter" tu terangkan kat aku....
Baiklah "PakcikKaunter" dan dengan bangganya semalam aku pun merajinkan diri untuk pergi ke JPN bersama kawan ofis yang turut mempunyai masalah yang sama dengan aku....
Jadinya YangLamaTukarKepadaBaru telah pun setel dan Alkisahnya nak pergi ambil hari ni...tentunya MyKad yang terbaru dengan wajah yang baru...hemmmm...lepas ni kalau jumpa "PakcikKaunter" tu mesti dia puji kot.....cewah berangan kau...yelah asyik kena kutuk dengan pakcik tu ajer....
Oklah apapun bila semua dah tukar kepada yang baru senanglah sikit nak tunjuk2 dan tak perlu malu-malu lagi....*jiwa jer yang tak tukar lagi masih dengan yang lama*... Alkisahnya YangLamaTukarKepadaYangBaru....

Monday 15 April 2013

AdikNak*KAWANKITA*.....

Hari minggu lepas sibuk dengan pelbagai aktiviti biasalah Alkisahnya hujung minggu jer sekarang ni mesti ada aje agenda nak dibuat....so, sama sibuklah jugak budak berdua tu sape lagi kalau bukan Si Abang dan Si Adik....sibuk jugak nak tolong apa yang patut...Takkisahlah Abang n Adik suka hatilah nak buat apapun....
Dalam kesibukkan Bonda dan Ayah dengan agenda dihujung minggu tiba-tiba Si Adik datang dengan muka tak bersalah sibuk mencelah nak kan perhatian... "Bonda Adik nak *KAWANKITA* boleh tak?....Apa Adik nak KawanKita?...kan semua dah balik ke rumah...Kenapa Adik tak main dengan Kawan2 masa kat Schol tadi" Sambil tu tangan aku sibuk menulis sesuatu....Si Adik tak puas hati lagi bertanya semula "Ala butan tu lah...Adik nak *KAWANKITA*" Teriak Si Adik yang memang tidak puas hati kerana kehendak tadi tidak diendahkan oleh Bonda....
Tiba-tiba ada satu suara menyampuk kami ...."Bonda tahu tak *KAWANKITA* tu apa?' tanya En.Kekanda tadi dengan muka yang serius aja..."Tak tahu apa yang dia nak Bonda tak fahamlah" sambil tu aku cakap ala-ala berbisik kat En.Kekanda...Maka dengan poyonya En.KekandaKu tolong menjawab segala apa yang memang Alkisahnya tak faham selama ini yang dimaksudkan oleh Si Adik tadi.... "KAWANKITA tu maksudnya Adik nak *KOMPUTERRRR*" En.Kekanda bersuara.....Adus Adik kenapalah selama ni Bonda tak perasan maksud yang tersirat disebalik perkataan tersebut.  Nampak sangat memang Bonda selama ni sibuk sampai tak perasan yang Si Adik tu tadi maksudkan *KAWANKITA* tu sebenarnya *KOMPUTER*.....
Oklah kali ini En.Kekanda memang hebatlah sebab dah boleh masuk line cakap Si Adik maknanya sekarang  memang dah *kamcing* gilerlah dua beranak ni...So, lain kali Alkisahnya kena Alert dengan apa yang dicakapnya sebab Bonda dah ada pesaing yang boleh faham kata2 Si Adik....Hemmmmm xpelah yang penting Bonda tetap maintain, yelah selepas kejadian tu setiap kali Adik nak main Komputer dia masih sebut jugak perkataan yang salah walaupun dah banyak kali dibetulkan dan yang bestnya En.Kekanda tetap maintain layan jer anaknya tu...apapun thanks ye En.Kekanda kerana selamatkan keadaan kami masa tu...
Alkisahnya *KAWANKITA*....

Thursday 4 April 2013

HariTekaSedunia(Part2)

HariTekaSedunia Part 2 jawapannya adalah....

inilah dia jawapan kepada TekaTeki ....KUTU*K*P*L*....huhuhu
Betul tak? Kutu ni comeilah sikit kalau nak dibandingkan dengan Haiwan seumpama dengan nya...memang dah minta tolong ngan kawan baik ku Google tapi tak tergamak pulak nak postkan gambar kutu yang lain...cukuplah sekadar gambar ni sopan sikit sebab ni pun spesis binatang tu cuma duduknya di dalam beras...
Soalan 1 (telah ditanya oleh kawan ofis yang otak senget sikit En.Z)
Binatang apa yang kurang hajar (Ajar)?
Jawapannya : Sebab binatang tu dah tijak2 atas kepala sebab tu lah di kurang hajar....huhuhuhu *Orang bagis soalan tu yang jawab*...

Soalan 2 (disuarakan oleh jiran ofis oleh Pn. nononnikanini.blogspot.com )
Binatang apa yang ada kaki, tangan semuanya dekat kepala?
Jawapannya : Binatang itulah sebab semuanya atas kepala...bayangkan kaki, tangan dia kan semuanya atas kepala nak duduk kat mana lagi kan...*ini pun telah dijawab secara spontan oleh UnitKejiKeji....*

Soalan 3 (khas ditujukan kepada Pn. minaminayeye.blogspot.com )
Binatang apa kaki tangan semua dekat kaki?........
Jawapannya : Pn. minaminayeye tak dapat jawab soalan tu sebab lama sangat berfikir jadinya Alkisahnya pun terus menjawab tentulah sebab binatang tu tadi dah kena pijak mestilah semuanya dekat kaki...Adoi apa punya tekateki lah kami ni...pecah perut dibuatnya...
Oklah tamat sudah HariTekaSedunia.....

Tuesday 2 April 2013

HariTekaSedunia....

Soalan 1 (telah ditanya oleh kawan ofis yang otak senget sikit En.Z)
Binatang apa yang kurang hajar (Ajar)?

Soalan 2 (disuarakan oleh jiran ofis oleh Pn. nononnikanini.blogspot.com )
Binatang apa yang ada kaki, tangan semuanya dekat kepala?

Soalan 3 (khas ditujukan kepada Pn. minaminayeye.blogspot.com )
Binatang apa kaki tangan semua dekat kaki?........

Cuba teka binatang apakah itu,,,,Kami kat sini pecah perut sebab tergelakkan jawapan yang diberikan oleh GroupKejiKeji...hahahahhhahhaha....
Cuba teka apa dia...bersambung....
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template