Monday 27 May 2013

ChickenPop&Adik

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Hari Isnin.....
Salam buat semua anak-anak yg cuti sekolah start hari ni hinggalah 2 minggu akan datang...
Selamat bercuti...

Hemmm....nasib baiklah minggu ni Taska Si Adik pun turut cuti tapi seminggu jer....bermakna Si Adik dan Abang terpaksalah dihantar ke kampung duduk dengan TokNTokwan...ditambah pula dengan Si Adik telah dijangkiti virus ChikenPop atau CacarAir...kalau salah sory ye malas pulak nak guna Google hari ni....
Mungkin sekarang musim tidak menentu dan ditambahkan lagi dengan virus ni sebenarnya telah menjelajah seluruh taska jadinya Adik tidak ketinggalan turut terkenalah...hari ni sudah masuk hari yang ke-5 dan pagi tadi sebelum bertolak balik ke Putrajaya ChickenPop yang ada di badan Si Adik tadi dah nampak kering...Alhamdulillah sebab sepanjang virus ni ada di badan dia tak ada pulak demam...masalahnya lagi mengganas si Adik ni adalah macam tak sakit ajer....

So, sekarang Bonda kenalah berjaga-jaga dengan Si Abang pula sebab setakat ini si Abang tidak menunjukkan tanda-tanda akan dijangkiti virus tersebut...tak pelah lagipun cuti sekolah kan...nak kata redha itu idaklah tapi orang kata sekali dalam seumur hidup pasti kita semua akan merasakannya....

Oklah Adik sory ye pagi tadi Si Adik dah menangis kat pintu pagar rumah TokNTokwan nak ikut Bonda dan Ayah balik tapi kami lambai-lambai ajelah tangan kat dia, macam-macam janji sebenarnya dari semalam lagi tapi tak dilayannya 'rasuah' Bonda...yang dia tahu Adik nak ikut BondaNAyah pergi kerja...Adik-Adik...macam-macam hal ...Si Abang biasalah relaks jer bab kata Tok "Abang duduk 10tahun dengan Tok pun ada dia kisah lagilah dia suka".....ishhhh...macam-macam perangai sorang nak, sorang lagi tak nak...

Bonda doakan semoga Adik cepat sembuh dan Abang sihat juga ye....Bonda Miss sangat u alllsss....So jadinya minggu ni En.Kekanda and I akan berdua lagi ler....huhuhuhuhu.....Takpe kat dalam bilik stor tu dah panggil nama kami berdua "bila nak kemas, bila nak kemas"....eh dah mengarut pulak....ok fine..jagalah kesihatan anak anda dan diri anda yang masih belum dijangkiti virus tersebut...kami sudah anda bila lagi?....Alkisahnya ChickenPop&Adik....

Wednesday 22 May 2013

Lif...

Assalamualaikum
Salam Hormat dan Salam pagi Rabu

Pagi rabu yang indah...tiap-tiap hari indah...lagi indah bila time cuti ...lagi indah...
Ok Alkisahnya bukan nak bercerita tentang hari cuti yang indah tapi pagi rabu hari ini yang begitu indah...LIF..pagi-pagi dah buat perangai...

Dipendekkan cerita Alkisahnya duduk di Kuarters so memandangkan bangunan tu setinggi 17 tingkat jadinya pihak pengurusan telah menyediakan sebanyak 3 buah lif untuk kegunaan para penghuni yang bijaksana untuk berulang alik dari atas ke bawah dari bawah ke atas nak ketengah ke, tapi yang menjadikan masalah dari 3 buah lif hanya tinggal 2 lif sahaja yang berfungsi...bermakna kami kena tunggu turn untuk menggunakan lif menghala ke bawah memandangkan waktu pagi memang semua orang akan menggunakan lif...
Itu juga tidak menjadikan masalah cuma masalahnya masa inilah lif nak buat hal waktu pagi semua orang sibuk nak menggunakan dia masa inilah dia buat hal...ada jugak dekat 10minit kami berempat beranak ni tercegat dpn lif asal lif terbuka aje dah penuh asal lif terbuka aje penuh...so kami decide lif yang menghala ke atas kami naik biarlah satu bangunan tu kami naik yg penting tak nak buang masa lagi tercegat depan lif....
Kami naik berempat tapi bila setiap kali pintu lif terbuka ada orang akan masuk dan setiap kali bila pintu lif terbuka orang akan naik sampailah lif tu overload...so terpaksalah sorang hamba Allah ni merelakan dirinya keluar ke tingkat 3 sebab dah overload....
Si Abang pula setiap kali bertambahnya orang naik lif dia mesti berbunyi ramainya orang...aku pun bagi signal dekat dia cakap slow-slow tapi rasanya semua orang dengar sebab sunyikan "Abang lif ni untuk semua oranglah tak baik cakap macam tu, semua orang nak cepat tau".....Aku faham mungkin dia dah rimas sebab dia dua beradik ajer yg kecik dalam lif mgkn dah rimas yelah lif dah menjelajah satu bangunan kot setiap tingkat lif tu akan berhenti untuk mengangkut penumpang...
Akhirnya sampai jugak destinasi kami iaitu LG....lega aku dan cepat2 kami menuju haluan masing-masing sebab nak punch kad tapi nasib mungkin tidak menyebelahi sebab masa punch kad dah merah aku dapat hari ini...takpelah janji semuanya dah selamat sampai ke destinasi masing-masing...Alkisahnya Lif....

Thursday 16 May 2013

MENDIDIK ANAK CARA ORANG JEPUN

Assalamualaikum....
Entry ni aku dapat dari orang lain n dia kata sesuai kita nak praktikkan termasuklah aku kan....
So selamat membaca...
Selamat petang.
entri ni sesuai untuk yang sudah ada anak.
bakal ada anak.atau yang belum berkahwin.

sebenarnya Islam sendiri ada cara untuk didik anak.
tapi apa salahnya kalau kita cuba cara orang lain.
tak salahkan.
hari ni wan nak cerita cara didik anak versi orang Jepun.
kita tahu orang Jepun hebat kan.
bagaimana mereka didik anak mereka waktu kecil?
jom kita terjah.


Rakyat Malaysia kini mula praktikkan
SHICIDA METHODS 
'mendidik anak-anak guna otak kanan
seperti yang diajar orang Jepun" 


1)waktu anak nak tidur,cakap kat dia yang kita sayang dia
  • cakap kat anak,dia pandai,dia soleh,dia hensem.semua yang baik cakap kat dia
  • kenapa?masa dia nak tidur,otak kiri tengah rest dan otak kanan bekerja.
  •  buat secara ikhlas hati dan bukan dalam keadaan marah
  • kalau anak dah tidur,ramas tangan @ picit badan dia bagi dia dalam separa tidur
  • InsyaAllah menjadi untuk anat yang liat bangun pagi.


2)Guna kad untuk ajar anak anda
  • ada guna kad ABC-Z,dalam masa seminggu dah boleh hafal semua huruf dan eja perkataan yang pendek.
  • buat atau beli kad dan tunjuk pada mereka cepat-cepat.InsyaAllah,mereka cepat tangkap.
  • Kenapa?bila kita tunjuk cepat-cepat,otak kanan akan kerja keras untuk cepat tangkap


3)Gerak kerja tangan hasil otak kanan
  • ajar anak main tanah liat,main cat air,origami,melukis dan gunting kertas
  • memang agak leceh tapi berkorbanlah untuk kebaikan anak.
  • satu contoh: anda lukis sebelah rama-rama,minta anak anda lukis dengan bentuk sama lagi sebelah.Ini akan aktifkan otak kanan anak anda.
  • Nak tahu kenapa orang Jepun dan korea pandai? chopstick yang mereka guna untuk makan aktifkan kerja tangan dan otak kanan mereka.

4)Jangan marah dan tengking anak
  • apabila anda marah anak,semuanya akan disimpan di otak kiri.
  • kalau tak sengaja marah,guna cara pertama yang di atas dengan ikhlas

5)bina daya imaginasi anak-anak melalui cerita
  • kita bercerita kepada mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu.
  • its ok jika cerita itu merapu,at least mereka punya imaginasi yang tinggi

6)Berteka teki dengan mereka
  •  letak satu barang dalam kotak dan minta mereka teka apa dalamnya
  • berikan gambaran seperti bentuk benda tersebut,warna dan sebagainya
  • akan timbul deria keenam (sixth sense) daripada anak dan otak kanan mereka aktif
  • namun begitu,lakukannya setengah jam sehari sahaja untuk elakkan kebosanan.

kesimpulannya,ibu bapa bercakaplah dengan anak-anak
waktu mereka tidur
kerana dalam Islam pon ada nyatakan,antara waktu doa dimakbulkan.

p/s semoga entri ini dapat dimanfaatkan untuk semua.

RenunganBuatDiriKu

Penyakit hati. Mohon kita dijauhkan daripadanya. InsyaAllah.

psst: jom LIKE @[487525941292225:274:My Favourite Perfumes] <3
 
Assalamualaikum .....
Salam Hormat dan Salam buat semua MuslimindanMuslimat di Dunia yang nyata....
Saja jer hari ni nak share pagi2 yang nyaman sebab semalam boleh tidur lena kerna hujan di waktu petang kan...So pagi2 jugak bila dah buka facebook terbaca ni di wall somebody....thanks ye..kerana sudi mengingati antara satu sama lain....
Tapi Alkisahnya nak share lah ngan u all's kan....tak baik..tak baik makan sorang2...so apa lagi bacalah ye...
Selamat menjamu mata...Alkisahnya RenunganBuatDiriKu....
 

Wednesday 15 May 2013

SoSwett...

BETUL kan ?

Sikit2Unfriend...

Assalamualaikum....
Sikit2Unfriend...sikit punya hal...
Manusia ni rasanya kena hidup saling hormat menghormati, sayang menyayangi, percaya mempercayai dan sebagainyalah...tapi sekiranya kita tak suka tegur diteguri senang cite dok dalam h*t*n lah...
Wahhh..kasar nya bahasa...tak kasar tapi cakap elok2 tak faham2 bahasa jadinya kena guna bahasa yang kasar sikit....
Yelah zaman sekarang ni apa orang buat semua nampak salah kan tapi salah sendiri kalau nak tutup dengan tangan yang tak berapa besar tu macam samarenda ajer...boleh kot....
Aku cuma menegur sebagai kawan tapi kalau tak boleh terima ok fine jer lah... Masing2 dah dewasa fikirlah cara sendiri...rasa itu yang terbaik buat diri buatlah....tapi akibatnya tanggung sendiri...bab kata pepatah lubang kubur lain2 kan....
Marah betul taipan ku hari ni...bukan marah cuma mungkin aku pun ter open sangat kot mulut dan jari ku yang comel ni menaip tapi nak buat macam mana kan kalau udah perkara nya idak betul takkan aku nak tengok dan dgr ajer....akukan menaip teror giler...nak taip laju belajarlah...
Ok fine lagi sekali kalau begitu aku pun dah fahamlah ragam manusia ni...apa yang penting aku jaga diri sendiri, jaga keluarga aku lagi bagus kot...hindari dari berfikiran negetif sebab manusia punya penyakit ni kalau banyak sangat fikir negetif ajer sakit tu sedia menunggu...aku tak nak sakit di usia muda lagi....
Ok fine lagi sekali...nak tergelak pun ada...huahuahua....sebenarnya cite bab2 Unfriend ni dah lama terjadi dari kawan yang memang giler facebook siap unfriendlah apa lah tak faham aku....*ha aku tau dia tak nak rahsia dia pecah sebab tangan dia tak besar nak menutup rahsianya yang besau itu*....
Oklah tapi ada juga yg buatkan aku tenang...terima kasih ye....
Hemmmmm... Alkisahnya Sikit2Unfriend....

HajatYangBaik

Assalamualaikum...
Salam hormat dan Salam untuksemua....
Hari ni nak share sesuatu yg mungkin boleh di gunakan untuk semua...
kalau ada salah mohon maaf ye...

♥ DOA2 DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH
DIAMALKAN UTK ANAK ♥

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali...

dan diikuti doa
2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
Surah Al Baqarah ayat 102



3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
Firman Allah SWT, di dalam Surah An-Nisaa', ayat 69 :


4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5




Doa Untuk Anak yang Nakal, -via Ustaz Don Daniyal =)

InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.... :)
Kena amalkan doa ni sebab anak terlalu baik sangat.... Insyallah....
Alkisahnya HajatYangBaik.....



Monday 13 May 2013

Ahad...

Assalamamualaikum...
Salam Hormat pada semua....

Hari Ahad yang lalu 12Mei2013 memang hari yang padat dari pagi sampai lah malam....
Masa inilah jemputan untuk menghadiri majlis Perkahwinan ....
Masa inilah nak pergi survey barang.....
dan masa ini jugakllah menjengguk ibumertuaku....yelah alang-alang dah berjalan habis semua tempat kami pusing....

Selepas menghadiri satu majlis perkahwinan jadinya kami decide pergi melihat IbuMertuaKu yang berada di puncak alam....sebenarnya kami tak plan pun takut tak jadi ke sana, jadinya selepas makan2 di kenduri kami pun memecutlah menghala ke selatan *suka hati aku aje nak cakap menghala ke mana*......

Oh terlupa pulak sebelum kami menghadiri majlis perkahwinan tu kami memang ada survey kat satu tempat *sebenarnya banyak tempat* saja cuci mata tengok barang2 mana yang berkenan dan cukup budjet aje...so kebetulan jugak hari itu merupakan sambutan HariIbuSedunia dan kedai yang baik hati tu telah memberikan sekuntum bunga ros palsu konon2nya pada akulah tu...terima kasihlah sebab En.Kekanda macam bersungguh-sungguh nak bagi pada aku....

Hemmmm...tak sempat pun aku nak menyambutnya budak dua orang tu dah grab dulu dari tangan ayahnya....tak marah pun kelakar ada gak...yang paling beriya sekali si Adik sebab dia teruja sangat tengok bunga tu dan yang paling aku tak puas hati boleh dia kata nak bagi bunga tu pada Airis...kawan sekolah dia...En.Kekandaku sengih ajer tengok kelaku anak terunanya....

Sambung balik cerita tentang kami dah sampai ke RumahIparDuaiku.... Melangkah aje masuk ke rumah si Adik tadi terus bagi bunga ros yg pada awalnya nak diberikan pada Airis pada Opahnya....Bukan main suka lagi si Opah bila dapat bunga ros tadi...*walaupun bunga tu bukan ori punya bunga....*...Opah pun cium lah cucu2nya ...Langkah kanan lagi kami..dijamu dengan makanan sebab RumahIparDuaiku ini memang orang nya rajin masak...so, rezki jangan ditolak kan...jadinya kamipun makan jugaklah sebab dorang buat celebrate untuk SambutanHariIbu juga...

Dalam jam 6.00 ptg kami bersiap nak balik ke RumahKuSyurgaKu.....dalam perjalanan nak balik ada hati lagi tu nak menyinggah ke Mcd sebab alasan utamanya nak alas perut takut anak2 dah tidur awal...yelah hari ni macam2 program penuh jadualnya...so bila ternampak Mcd di PuncakAlam En.Kekandaku pun membelokkan kereta..tapi kenapa ramai sangat orang kat kawasan lapang tu...rupa-rupanya ada show dari kereta menunjukkan kehebatan *berdrift* apa lagi En.Kekanda pun join parkir tepi2 jalan...seronok jugak melayan yelah tak pernah tengok depan mata keterujaan jelas ternyata...si Adik dari tadi mata tak berkelip2 apa lagi meleleh leleh air liur dia melihat aksi tersebut...hampir setengah jam kami duduk melayan aksi *drift* tadi so kami pun terus menuju ke satu lagi rezki yang menanti di sana...rezki ni berbeza skit sebab kena bayaran apa lagi kalau bukan Mcd....

Akhirnya kami sampai ke rumah dalam jam 10.00 malam jugak...penat aku tengok En.Kekandaku yelah seharian bawa kereta...selepas masing2 membersihkan diri agaknya kepenatan terus merebahkan diri atas tilam yang empuk ditambah pulak dengan kipas yang tak tahu berapa kelajuaannya....terima kasih En.Kekanda sebab sudi meluangkan masa bawa kereta melayan kehendak Alkisahnya bersama anak-anak....Alkisahnya Ahad...



Friday 10 May 2013

SelamatHariIbuBonda......

Assalamualaikum
Salam Hormat dan Salam kepada semua Ibu/Mama/Ummi/Amma/Mummy/mak/Bonda semua....

Alkisahnya semalam setelah penat balik dari kerja seperti biasa aku akan merehatkan diri dulu sebelum memulakan aktiviti harian di rumah...tiba2 satu topik hangat keluar dari mulut si Abang....
Abang : Bonda kat sekolah tadi abang ada buatkan kad bentuk love untuk bonda...
Bonda : Ye ke...kad apa abang, ada dalam beg ke?
Abang : (menggelengkan kepala) ...kat sekolah cikgu suruh gantung dulu...
Bonda : Untuk bonda ye...sempena apa tu...
Abang : Selamat hari ibu bonda...(spontan aje disebutnya sambil tersipu-sipu)
Bonda : Terima kasih....meh sini bonda nak cium sikit....esok bawakan bonda kad tu ye...dan terima kasih  ingat jugak kat bonda..*bonda pun ciumlah pipi, dahi, hidung, mulut hemmm bucukkkk...*
Kemudian aku berpaling ke sebelah kananku...sape lagi Si  Adik ditangannya sibuk dengan game....aku pun saje je sigung2 dia...
Bonda : Adik tak nak ucapkan apa2 ke kat bonda?...
Tiba-tiba adik pun berbunyi....
Adik   : Hapy birthday to you, hapy birthday to you, hapy birthday to bonda, hapy birthday to you...

Alahai anak aku sorang ni lari betul topik...faham ke idak tak tahulah...kalo dengar SelamatHari jer mesti nanyi lagu tu...tak pelah adik bonda pun cium kat adik macam abang tadi...kira adillah tapi tak ada respon pun sibuk jari kenit tu main dengan game ajer....

Terima kasih anak2 Bonda tahun ni merasa jugak sebab si Abang dah pandai menghayati hari hari penting macam tu....khas untuk bonda....dah besar si Abang ni...dan khas juga untuk semua ibu/mama/ummi/mummy/mak/bonda seperti ku SelamatMenyambutHariIbu sedunia....
Alkisahnya SelamatHariIbuBonda......

Wednesday 8 May 2013

Bas

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam 4Mei yang lalu jua...

Tarikh 4Mei2013 merupakan orang ramai berpusu-pusu nak balik ke kg sebab esok 5Mei nak mengundi... Apapun Alkisahnyapun tidak ketinggalan bersama-sama berpusu-pusu di Pekeliling menyibukkan diri semangat berkobar-kobar balik kampung nak mengundi..tepat jam 8 pagi En.Kekanda dan Aku dah sampai dan kagum sekejap sebab ramainyala orang tapi itu semua tidak mematahkan semangatku nak balik mengundi dan yang paling penting nak lepaskan rindu dendam pada anak2 ku yang telah sekian lama duk kat kg memandangkan aku kena kerja Outstation ke Terengganu pada 1Mei yang lepas...Sedey sebab orang semua cuti tapi kena kerja...tapi tak ada hal lah...
Ok, kenapa aku tak balik dengan En.Kekandaku kerana dia kena berjuang di kampung halamannya... Xpelah 5 tahun sekali jer kan..Ok patah balik cite kat pekeliling tadi.. Aku pun bergegas melompat dari kereta *Audi*ku sebab jam kat kereta ku menunjukkan kul 8 pagi.  En. Kekandaku confident n yakinkanku yang aku akan berjaya mendapatkan tiket jam 8pg atau paling idakpun kul 9pg...Tapi bila aku berbaris wah lajunya line ni mesti lariskan tiket bas...hemmmmm...sangkaanku meleset sebab kakak kaunter muka control manis aje bagitau kul10 ye dik...Kecewanya dan tanpa melengahkan masa aku berjalan ke arah utaraku untuk berbaris menanti bas lompat2 dari Pekeliling ke Bentong, dari Bentong ke rumahku.. Aduiiii..redha ajelah...
Kenapa aku panggil bas lompat2?.  Bukan sebab bas tu yang melompat tapi orang kat dalam bas yang melompat2 bila da sampai destinasi kena lompat kuar dari bas cepat2 sbb nak kejar bas lompat lagi satu supaya cepat sampai ke destinasi.  Kalo naik bas Ekspres tak perlulah melompat2 duduk aje tunggu masa dah sampai...itulah namanya bas lompat2...
Ok stop cite sampai makna bas lompat2....Patah balik ke version utama iaitu aku tgh tunggu bas...Tgh tercangok-cangok termangu-manggu tunggu bas yang tak nampakpun side mirronya tiba2 Nokiaku berbunyi...lagu Sayang Maafkanlah Kita Harus Putus...xsempat nak call dia dah cal blk..Tanya kat mana?  aku ckp cari syg dipenghujung jalan ke arah utara...Dia nampak dia lambai akupun lambai tp masalahnya bukanpun jauh nak lambai2 tangan 5langkah sampailah...ehhh apa cite ni , macam filem hindustan...ok sambung balik citer...hemmm gitulah perangai En.Kekandaku kalutvsambilberat kot...
Tiba-tiba tengah kami ramai2 ni berbaris menanti kan Brother bawak bas nak jalan Bas Ekspres hon beri isyarat supaya kami ke tepi..yelah kalo dah halang laluan nya macamana bas nak lalu kan...so kami-kami yang berbaris di belakang ni tadi pun mengundurkanlah diri buat seketika sebab agaknya tauke bas tu pun turut suruh kami ke tepi sebab tak nak perkara yg tak di ingini berlaku....mata aku terpandang pada sorang kakak ni dgn anak kecilnya dalam lingkungan 2 tahun tak berganjak dari bas...aku dah tak sedap hati sbb nak berebut pun pintu bas dengan drebar pun tak ada lagi...so tak perlu tergesa2 setakat perjalanan 2 jam aku rasa aku larat jer berdiri dalam bas atau pun bagi jer tempat duduk tu pada kakak yang bawa anak kecil ni...tapi itu dalam hatilah berkata-kata sebab bas ekspres tadi dah pun mula bergerak perlahan-lahan .... Aku cuma berharap kakak dan anaknya itu tadi ok jelah sbb hati aku mula rasa tak sedap macam mata ni akan tgk perkara yg buruk ajer...tapi aku diam tgk dari jauh....
Dalam bas ekspres tu nak ambil side nak selekoh tiba2 orang ramai yg tak nak berganjak dari bas lompat2 tu mula menjerit...aku dah panik sbb apa yg diorang panikkan tu...mata aku cuma mencari kakak dan anaknya itu tadi sbb tak fikirkan org lain...tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu mamat cina ni ...Ya Allah dia tersepit di antara bas ekspres dan bas lompat2 dpn mata aku sedang menahan kesakitan dan yg sedihnya bekalan yang dibawanya tercampak ke tanah...Bas ekspres masih lagi bergerak sebab amaran sudah dibagi awal kepada penumpang semua tapi inilah akibatnya kita tidak mahu berganjak dan mendengar arahan...bila bas ekspres melepasi Bas lompat tadi lelaki tu menggeletar kaki dan tangannya menahan kesakitan...Aku mulanya takut dan panik yelah sebab benda tu jadi depan mataku...kesian aku tgkkannya...tapi masyarakat malaysia ni prihatin ada yg menolong mengutip barang yang jatuh...dan aku pun beranikan diri pergi ke budak cina ni tadi...aku tgk tangan dia mengeletar lagi...aku tanya di ok tak..if tak kami nak telefon ambulan ....dia masih boleh bercakap tapi kami tgk kesan di perutnya...takut juga mgkn kesannya di dalam sebab dia betul2 tersepit...kami tawarkan lagi nak call ambulan tapi dia tak nak katanya dah ok...
Kamipun bila dia dah kata ok terus masing2 beredar tapi sempat jugak menjeling manalah tahu muntah darah pulak ke...Bas pun dah bergerak bila masing2 telah membayar tambang yang dikenakan iaitu sebanyak rm6 jer...tapinya perjalanan mengambil masa selama 2 jam..perjalanan yang menggunakan jalan kl lama menuju ke bentong memang mengasyikkan kerana melalui kawasan perkampung orang asli...memang cantik giler..patutlah dorang tak nak menerima kemudahan yang lain sebab memang sejuk mata memandang..sejuk lagi hatiku yang tak keruan nak berjumpa dengan Si Abang dan Si Adik...Alkisahnya Bas....

Thursday 2 May 2013

7Tahun

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat semua.

Tiba-tiba pula pagi ni rasa romantik tak tentu arah...hemmm...dah genap 7Tahun usia perkahwinan kami... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kebahagian kepada kami sekeluarga dan mudah-mudahan keluarga kami ini diberkati olehNya...

Terima kasih kerna;

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Alhamdulillah jua dengan anugerah tidak ternilai kita dua putera yang comel,comot,nakal,cerdik semua lah lengkap pakage....pening kepala Bonda tapi sunyi bila Abang dan Adik tak ada...hemmmm...bagi lah peluang kat kami berdua..huhuhuhu *terima kasih kat mak di kampung jugak bagi peluang ni untuk berdua dgn En.Kekanda*...Sayang lah semua2...dan terima kasih buat En.Kekanda memahami diriku ini seadanya...Alkisahnya 7Tahun....
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template