Tuesday 18 June 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Agak lama jugak Alkisahnya menyepi...
Agak lama jugaklah tak ada kisah yang nak dikongsi....
Agak lama jugaklah tak kisahkan duniawi...
dan setiap manusia pasti ada dugaan yang dilalui....

Alhamdulillah...itulah ungkapan yang boleh aku katakan...minggu lepas 12Jun hari Rabu sekitar jam 6.00 petang di rumah sedang ingin menyediakan menu untuk makan malam tiba-tiba Si Abang mengadu sesak nafas...Alkisahnya pada mulanya fikirkan Si Abang cuma selsema jadinya tak dapatlah dia bernafas dengan baik dan minta supaya berehat di sofa....tangan ni laju jer memasak tapi mata ni sekejap-sekejap tengok ke arah abang...yelah risaukan dia...

Tak lama lepas tu Si Abang mengadu nak muntah sebab pening..akupun temankan dia ke bilik air ...banyak jugaklah yang dikeluarkan balik semula apa yang dimakannya sepanjang tempoh berada dengan Opahnya...diurutkan belakang nya...kesian aku tengok sebab abang ni tak macam adik badannya mantop....
Tapi tak lama lepas tu Si Abang berulang kali ke bilik air nak muntah lagi katanya...aku tengok muka dia dah berubah warna....makin sesak nafas berombak-ombak dada dan perutnya...
Tepat jam 7malam En.Kekanda pun tiba dirumah jadinya terus dicapaikan beg bawa pergi ke klinik yang berdekatan...Mediviron di Presint 15 diplomatik Putrajaya....Yang DIKESALKAN kami sampai dalam kul 7.20mlm tapi mendapat rawatan dalam kul 8mlm selepas cerita drama kat TV3 tu habis....tapi kami masih bersabar jugak menunggu sebab itu sahaja klinik yang terdekat dengan rumah memandangkan abang masih muntah2....

Bila doktor panggil kami pun masuk ke bilik...suhu badan di ambil..tidak demam...kemudian doktor kata cuma selsema yang teruk dan tongsilnya membengkak itu punca menyebabkan Si Abang muntah2...kemudian diberikan gas untuk mencairkan kahak....

Tapi bila tiba dirumah Si Abang masih lagi muntah2 tapi kali ni makin menjadi2 pulak rasanya....selang seminit mesti ada aje yang hendak dimuntahkan sehingga ada satu tahap yang memang dia mengadu betul2 dah tak boleh nak nafas ditambah kepala nya sakit....

Makanya kami terus buat keputusan Hospital Putrajaya yang paling dekat .....hampir jam 10 malam kami pun tiba di emergency dan sekali lagi Si Abang muntah betul2 di pintu masuk emergency...tapi Alhamdulillah MA kat situ memang cepat terus kami dimasukkan di Wad Kecemasan untuk Si Abang mendapatkan rawatan yang sebaiknya....masa tu aku tengok Abang betul2 dah tak larat nak bercakap dengan aku...senyum pun tak...yang pastinya oksigen dan pam sudah ada dimulutnya...dada dan perut abang dah berombak2...kesian aku tengok Si Abang...Bonda rasa bersalah pun ada sebab Abang memang sihat, Abang tak demam cuma Abang baru dapat selsema yang teruk di hari semalam...itu aje yang aku dapat katakan pada Doktor....tak lama lepas tu rawatan susulan seperti darah dan xray pun dah dibuat...cuma sekarang aku dah boleh lihat abang boleh bercakap..."Bonda Abang nak air masam boleh?" maknanya air 100plus lah tu...ok lah abang lega rasanya bonda bila Abang dah mula bercakap....

So, hampir jam 1.00 pagi baru doktor dapat keputusan darah dan xray mengatakan Adik Faiz Wafiy Admit Wad...menjerit doktor tu bagi arahan pada anak buahnya...aku sekali lagi berdebar-debar....kenapa? bila aku tanya pada attenden yang bertugas tapi diorang coolkan aku katanya nanti doktor akan terangkan pada aku....

Wad 2C katil No.15 disitulah kami ditempatkan.....malam tu aku lihat abang tidur dengan lena tapi dada dan perutnya masih berombak-ombak....di tangan di mulut di hidung semua dah berselirat dengan wayar...sesekali aku letakkan tangan aku kat dada dia....kesiannya anak bonda...kuatkan semangat ye abang....kemudian doktor datang bertanyakan macam2 tentang kesihatan dia..tentang rutin hariannya...dan doktor pun terangkan kenapa Abang ditahan wad..menurut laporan darah dan xray terdapat jangkitan virus pada paru-paru dia dan sel darah putih lagi banyak berbanding sel darah merah...maknanya tak normal.... aku terdiam sebab abang baru je selsema...demam pun tak ada...tapi doktor kata itu normal sebab nasib baik dia dapat rawatan yang cepat....Alhamdullillah....

Sepanjang berada di hospital layanan yang diberikan Staff Nurse memang begitu baik sekali..orang kata tiptoplah....aku tak pernah pun sentuh ubat yang diberi sebaliknya mereka akan memantau sendiri setiap ubat yang diberi...termasuklah mak bila tidur tak sedarkan diri tak pernah pun Staff Nurse mengejukkan aku..aku yang terkejut adalah mana tak nya tidur satu katil dengan anak siap bawa selimut dari rumah lagi...mengalahkan Abang yang sakit...tapi itu semua ok je sebab dah tak ada wayar yang berselirat sana sini berbanding hari first....

3 hari juga kami berkampung di Hospital Putrajaya...Alhamdulillah Abang makin sembuh dan sihat...aktif kembali dan ditambah dapat pula kawan baru....habis mereka berdua explore dari satu bilik ke satu bilik..meja doktor pun dah dibuat tempat main...tapi staff dan doktor kat situ semuanya baik2 bak kata dorang "xpe puan janji anak puan dah sihat"...hari terakhir darah diambil untuk pemeriksaan selanjutnya semuanya dah kembali ke normal bermakna pada 15Jun hari Sabtu Abang dibenarkan untuk keluar wad bermakna tiada unsur2 jangkitan kuman dan dibekalkan antibiotik dari Hospital untuk dimakan selama 5hari seterusnya.....

Tapi sepanjang kami berada di wad macam2 perkara yang berlaku...ada gembira sebab anak sembuh dan boleh keluar wad dan ada yang berduka di atas kejadian sebaliknya...ada satu baby ni umur 11bulan dimasukkan di wad yang sama dengan anak ku kerana demam seminggu yang tidak kebah dan mengalami sesak nafas macam Si Abang...tapi ini kes macam lagi kesian sebab baby tu demam sehingga mencecah 41"C...kami dapat tahu yang anaknya baru baik dari demam tapi diserang kembali sebab mungkin bila dihantar ke taska badan anak ni tadi dah lemah dengan pelbagai penyakit....so bila dah tiba di hospital memang agak sayu jugak tengok keadaan baby ni tadi....aku pegang kaki dia sejuk sangat macam ais batu bila menangis suara pun tak ada yang ada cuma bunyi batuk yang macam sakit sangat...malam tu jugak doktor pakar turun , aku tengok macam serius betul kes pesakit ni...aku pun tak berapa faham tapi alih2 baby ni tadi dah ditolak katilnya ke ICU...Ya Allah aku cuma berdoa dan berharap agar baby ni tadi diberikan kekuatan kepada dia dan juga kepada kedua ibubapanya....semoga baby tadi cepat sembuh...dan bila aku sempat menegur ayahnya mengatakan yang virus bukan saja menyerang paru2nya tapi jantung nya sekali...aku cuma boleh cakap banyakkan bersabar ye...si ayah ni tadi senyum dan cakap terima kasih...aku faham mana ada parents yang boleh terima kenyataan seperti ini termasuklah aku...tapi Insyaallah Tuhan dah tahu yang terbaik untuk kita semua....Semoga baby tadi cepat sembuh seperti sediakala...Amin....

Alhamdullillah , kini dan hari ini abang dah pun mula bersekolah.  Aku tengok perkembangan dia ok cuma seleranya belum ada lagi seperti sebelumnya...xpelah abang itu pun Bonda dah bersyukur sangat anak Bonda dah boleh aktif dan berkata2 seperti biasa....terima kasih Ya Allah berikan kesihatan yang baik semula kepada anakku Muhammad Faiz Wafiy dan aku doakan juga semoga pesakit yang berada di wad yang aku kenali secara langsung atau tidak langsung juga akan dikurniakan kesihatan yang baik...amin... Alkisahnya Alhamdulillah....

Monday 3 June 2013

SusahKeNakSenyum....

Banyak pulak cerita aku hari ni yelah sebab jaga kaunter so macam2 ragam manusia yg aku kena hadap....semalam aku tengok chanel NationalGeographic cite pasal binatang bila tiba musim mengawan semua binatang ada cara tersendiri nak mempertahankan kawasan masing-masing...yelah lumrah namapun binatang itu sahaja caranya nak mempertahankan kawasan sendiri..so kalau dia nak gaduh pun habis-habis kat situ jelah ....

Nak dijadikan cerita manusia pun kekadang nak jadi macam tu jugak ke...pepatah ada jugak menyebut "senyum kambing" masalahnya ada ke pernah tengok kambing senyum...huahuahua aku rasa spesis yang pernah tengok kambing senyum ni mesti dia ada masalah dengan bibir dia yelah susah kot nak senyum...

Lagi satulah kan sekiranya kita ni dibayar gaji sesuai dengan jawatan yang disandang janganlah nak buat muka yang memang tak berapa cantiklah kan....bukan ke dah amanah namanya buat ajelah.....susah ke...susah ke nak senyum bila diberi tugas....dalam hati mulalah nak berkata #@!#$$....

Manusia pun ada ke macam ni lebih kurang macam cerita binatang yang kat atas tadi tu bila tiba musim nak mengawan itu aje tindakan yang telah diajar sejak dari azali lagi...namapun binatang bukannya ada otak nak pikirkan perasaan orang di sekeliling kan...so maknanya kalau orang yang tak boleh nak berfikir lebih kurang macam tulah kan....kesian...takpelah terlalu pegang sangat pada perumpamaan *senyum kambing* jadilah macam tu....hahahahahah.....

Oklah ....Sory kekawan sebab jaga kaunter ni macam2 ragam orang yang jumpa....dah lah senyum pun susah ucap terima kasih pun susah jugak ke...jagalah tatasusila tu senyum tu bukannya susah sangat pun tak perlu bayaran pun....oklah Alkisahnya SusahKeNakSenyum.....

ApaNakJadi....

Sambil membelek surat khabar hari ini pelbagai cerita yang dipaparkan dari berita gembira hingga lah yang mendukacitakan...namun itulah ragam kehidupan manusia sehari-harian....

Tapi sambil membelek surat khabar hati ni masih tertanya-tanya mengenai kisah semalam semasa kami baru tiba di tempat parkir kereta...kami lihat ramai orang di tempat parkir kereta tapi tak tahu apa yang telah terjadi...bukanlah kami nak menyibuk hal orang atau erti kata lain nak menjaga tepi kain orang kan tapi kalau sudah hidup bermasyarakat lebih-lebih lagi di zaman sekarang ni macam2 hal boleh berlaku disebabkan kita hidup sendiri-sendiri ...orang panggil kera sumbang...

Ok berkisar balik pada cerita asal....jadinya kami pun dapatlah parkir tapi jauh sikit lah dari tempat kejadian ...nak dijadikan cerita sorang Brother ini pun baru parkir betul2 di sebelah kereta kami jadinya kami pun bertanyakan apa yang telah berlaku sebab manalah tau ada kemalangan ker, ada kehilangan ker, ada kes2 yang mengerikan ker....tapi rupanya2 kes 2 orang budak sekolah terkantoi masa nak mencuri helmet di tempat parkir motor...masa lalu tu Aku adalah perasan  2 orang budak macam sekolah menengah muka cuak giler sebab pakcik2 kat situ dah menunjukkan muka tak puas hati...patutlah dalam hati aku nasib baik bebudak tu tak ada yang berdarah ker apa ker cuma mungkin kena "ceramah" sikit kot...

Tapi bukan setakat itu ajer...En.Kekanda cerita lagi yang kedua budak tu merupakan anak kepada pegawai polis trafik...Ya Allah sedihnya lah aku dengar...apa kena lah anak2 zaman sekarang ni tak fikir ke maruah ayah atau keluarga jika nak buat sesuatu perkara tu...betul2 membuatkan aku termenung panjang....apa nak jadi...kesian kat parents yelah siang malam bekerja nak membesarkan korang tiba2 buat pulak macam tu n Brother tu bagitau lagi ayah nya berang sampai katanya nak ditembak aje anaknya itu....tak kata dia jugak dah anak tak kenang budi memalukan lagi dahlah kita duduk berjiran...apa nak jadi...

Alkisahnya mendoakan semoga disejukkan hati ayah budak tu tadi...dan bukakanlah pintu hati anaknya supaya belajar hidup mensyukuri apa yang dia dapat dari kecil sampai besar....tabahkanlah hati ayah ni tadi...semoga ada jalan penyelesaian yang lebih baik lagi...aminn... Macam2 hal Alkisahnya ApaNakJadi......

2Jun2009

Assalamualaikum...
Salam hormat dan Salam sejahtera....

2Jun2009 tahun ni jatuh pada hari Ahad...kalau diimbau kembali tarikh tersebut jatuh pada hari Selasa tepat jam 5.07 petang seorang budak kecik bernama Muhammad Aidil Zafri telah selamat melihat dunia dan melihat Abang nya masa tu baru mencecah 1tahun3bulan telah mendapat seorang adik yang begitu comel....masa itulah....tapi sekarang tidak lagi comel...

Dah genap 4 tahun umur Si Adik tapi itulah manjanya dengan En.Kekanda makin hari makin menjadi-jadi...ke Aku yang jeloussss...Ahhh...mungkin Si Adik dah makin membesar so elok jugak rapat giler kot dengan En.Kekanda jadinya lepas ni Bonda nak pergi ke mana-mana tak perlulah risaukan dia lagi....

Pagi-pagi Si Adik bangun ajer tido terus kami wish kat dia HapyBirthdayToYou...selalunya dialah rajin menyanyikan untuk orang lain tapi semalam lain pula jadinya...Si Adik tersipu malu sebab bangun jer terus kena cium...memang adik ni baunya dari dulu sampai sekarang bucuknya tak hilang2....takpelah adik yang penting AyahnBonda doakan Adik menjadi anak yang soleh di dunia dan Akhirat, Anak yang berjaya hidupnya sebagai seorang muslim di dunia dan Akhirat, anak yang mendoakan untuk kami hingga ke Akhir Hayat...jadilah anak yang disayangi olehNya...Amin.....

Dari kecil hinggalah umur sekarang ni cuma satu ajer yang tak boleh dihilangkan...Adik tolonglah control skit air liur tu...aduiiii...dulu masa kecik tak apalah ni dah besar pun tak boleh ditinggalkannya perangai air liur tu...idaklah teruk sangat cuma bila ditambahnya lagi bercakap tak berhenti-henti lagilah .....

Tiba-tiba En.Kekanda berkata-kata..."Undilah Aidil Zafri"...Apahal pulak lah laki aku ni....eh tak nak lah anak terlibat dalam politik biarlah dia jadi orang biasa-biasa jer...tapi En.Kekanda tambah lagi..."Manifesto Adik Turunkan Harga Susu dan Pampers"...aduiiiiiii....terkena lagi kat aku....berdekah-dekah kami kat dalam kereta bila adik pun menyahut apa yang Ayah dia katakan...faham ke Adik oiiiii....

Oklah ni da kira versi mengarut pun ada cuma nak selingan ajer...ada ajelah dua beranak ni ....So apapun Adik... BondaNAyah sayang sangat kat AdikNAbang tau.....SelamatHariUlangtahunkelahiran Adik Aidil Zafri....Alkisahnya 2Jun2009....
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template