Monday 29 July 2013

MohJamuMata....

Assalamualaikum
Salam Hormat di Bulan Ramadhan yang ke 20....
Alhamdulillah Alkisahnya rasa hampir seminggu lebih lagi kita nak menjenguk raya .....
Di pagi yang indah hari ini Alkisahnya nak share resepi yang dapat dari kawan FB...
Sebenarnya Alkisahnya baru je dapat resepi ni tapi insyallah nanti kita pun nak cuba resepi ni....
So apa lagi, selamat menjamu selera mata ye di bulan Puasa ni....
Hin O Neal shared Destinasi Makanan SEDAP Network's photo.
Resepi Kek Kukus Coklat Cheese
Sumber: FB Ucu Tipah

Bahan2nya
1cawan gula*
... 1cawan susu cair *
1cawan koko*
1/2cawam susu pekat*
1cawan minyak*
bahan diatas campur semuanya n masak atas api n kacau sampai sebati siap tutup api n ketepikan biar sejuk
Bahan B
3biji telur (A)
Bahan C
1cawan tepung naik sendiri

Cara2nya
pukul bahan B sampai kembang n gebu n masukkan dlm bahan A kacau sebati n masukkan bahan C kacau sampai sebati n leh lah dikukus separuh dulu(AIR MESTILAH DIJMASAK DULU YA)lLoyang hendaklah disapu majerin n dialas kertas nak kukus dlm bekas kecil2 pn leh gak


Sementara tunggu masak sediakan cream cheese
Bahan2nya
250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara2nya: pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang n gebu n masukkan telur n pukul lagi siap bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis n kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi n kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikuarkan dari loyang
Alkisahnya MohJamuMata.....

Wednesday 24 July 2013

Emak

Assalamualaikum....
Salam buat semua emak2 di dunia...

Kalau nak cerita tentang emak rasanya semua orang dah tahu...tanpa mereka siapalah aku...tapi setiap insan yang bergelar emak ni apa dia buat semua nya confident tinggi punya...tengoklah zaman sekarang ni emak bawa anak kehulu dan kehilir naik kereta tak kiralah laju ke idak ke...tengoklah zaman sekarang ni emak moden bekerja dalam aircond tiap2 bulan ada gaji boleh beli apa yang anak2 dia nak...tengoklah zaman sekarang ni semua emak dah educated belajar tinggi2 dan lebih hebat dari profesor yang belajar bertahun2...tahu sebabnya...sebab emak adalah insan yang paling mulia dari semua segi aspek kerana emaklah aku dan kita semua ada di dunia ni...kita pinjam rahim dia tanpa apa2 bayaran pun...tak pernah pun tanya Emak selesa tak kami duk kat dalam ni? Emak selera tak makan hari ini? Emak sihat ke?....tapi itu semua kerjaNya...maha kuasa segala-galanya....

Emak hebat dari seorang profesor...sebab emak boleh buat tesis selama bertahun2 dari dalam rahim hinggalah si anak ni pandai bercakap cuma mungkin emak tak sempat nak buat kajian kerana siang dan malam penuh dengan assignment tanpa emak sedari....emak memang tak ambil exam tapi anak2 lah penentu segalanya....

Hebat tak jadi emak ni...heemmm memang hebat orang yang bergelar emak ni....anak riuh rendah dalam kereta tapi emak relaks jer macam tak ada apa2 masih lagi boleh bawa kereta...cuba si Ayah confirm anak2 dah kena....betul tak....

Bercerita tentang emak ni memang tak habis sampai bila2 sebab emak ni memang unik dan istimewa....walaupun di mana kita berada percaya tak emaklah tetap kita ingat terutamanya ketika kita sakit...emak lah dihati kita masa tu sebab kalau emak ada tentu sakit kita akan reda....emak memang magik...segala yang dipegang walaupun kena cubit tetap akan indah walau bila2...emak walau pun cuma menggoreng telur mata hangit tetap kita rasa sedap masakan itu....walau pun biasa makan di hotel tapi masakan emak tiada tolak banding nya...betul tak...

Emak kau memang insan yang unik....kenapa tiada tesis untuk mu emak untuk dibuat kajian....begitu hebatnya wanita yang bergelar seorang emak ini....termasuklah aku yang kini bergelar emak..termasuk  semua wanita yang bergelar emak....

Sebenarnya nak bercerita tentang emak ni bukan apa...tetiba bulan puasa ni diserang demam selsema...jadinya selera makan memang tak ada langsung yang boleh terima cuma air walaupun kebetulannya aku memang tak boleh berpuasa (bercuti bagi kaum wanita).....dan emak ni bila dengar anak tak sihat datanglah membawa pelbagai menu....itulah walaupun emak cuma masak ikan patin campak2 dlm air dengan hirisan bawang, asam keping, dan serai itu lah membuatkan seleraku terbuka kembali...sedap betul....apa2 ajelah yang dicampaknya semua sedap...betul tak kata aku...chef kat hotel pun kalah tau....hebatnya kuasa tangan emak ni....

Alhamdulillah Allah masih memberi kesihatan kepada emak ku untuk menyediakan hidangan yang simple walaupun sebulan tu sekali2 sekala jer dapat merasa air tangan nya tapi itu pun dah membuatkan aku bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk bermanja dengan emak walaupun aku ni dah pun bergelar emak......terima kasih Ya Allah....semoga emak ku diberikan kesihatan yang baik begitu juga emak2 kawan2 kita diluar sana...Insyaallah ....Alkisahnya Emak......

Friday 19 July 2013

KepentinganSahurOhSahur....

Assalamualaikum...
Salam hormat di bulan Ramadhan...

Bila berkata atau bercerita tentang bulan Ramadhan ni mesti tak lari dari agenda berbuka dan tidak ketinggalan juga agenda mengenai sahur...Oh Sahur di bulan Ramadhan...ada orang memilih untuk bersahur awal contohnya di tengah malam katanya, ada yang tidak bangun bersahur, ada juga yang memilih untuk bersahur...tapi itu semua rasanya tidak salah di sisi agama ikut kemampuan tapi sekiranya kita bangun untuk bersahur berbagai fadhilat yang kita dapat darinya....

Alkisahnya ada terbaca satu artikel mengenai kepentingan sahur menurut sains...kalau nak diceritakan kebaikkannya dalam islam sudah tentu lah banyak tapi mat salleh pun dah buat kajian tentang betapa bagusnya Bersahur ni rupanya...di antara kepentingan yang telah pun alkisahnya dapat adalah.....

1.  Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersahur atau bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis;

2.  Kajian sama menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang dalam proses tumbesaran dan pembelajaran:

3.  Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan dengan tidak bersaraapn pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran;

4.  Kajian serupa, Universal School Breakfast Pilot Programme yang mengambil masa tiga tahn di Sekolah rendah Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kana yang bersarapan semangkuk bijiran dan susu setiap pagi, dapat menumpukan lebih perhatian di sekolah.  Ini dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar yang bersarapan sebanyak 16 peratus bagi matematik dan 10 peratus bagi membaca;

Akhir sekali.......

5.  Kajian oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 orang pelajar di Lousiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah.  Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekuarnagna hemoglobin dalam darah).

Bermakna bermula dari sekarang bangun bersahur lah seperti biasa walaupun di bulan Ramadhan untuk mendapat kebaikan yang telah dinyatakan seperti di atas.  Alkisahnya harap dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua....Alkisahnya KepentinganSahurOhSahur.....

Wednesday 17 July 2013

BulanRamadhan...

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat....
Bulan Ramadhan.....

Agak lama juga menyepikan diri al-maklumlah Alkisahnya memang busy giler dari hujung bulan Jun hari tu sehinggalah sekarang...hehehe macam2 yang berlaku....

Dari sampai isu jerebu hinggalah isu bulan Ramadhan al Mubarak ini....masa jerebu orang sibuk menjaga kesihatan sekolah banyak tutup tapi aku sibuk pergi exam...nun jauh di atas bukit Angkasapuri telah ketempuh setiap pagi....dah lama tak naik komuter masa ini lah naik komuter...dan masa ini jugaklah jumpa kembali kawan2 seperjuangan dengan ku...agak lama jugaklah tak jumpa adik beradik benar ni semenjak duduk kat umah mak tiri...yelah Alkisahnya sekarang ni bukan duduk di jabatan Penerangan tapi telah dipinjamkan oleh Kementerian lain atau lebih dikenali sebagai kader....itulah sebab aku menamakan dah lama aku tak jumpa adik beradik kandung..hehheheh jgn salah anggap....

Oklah exam pun dah selamat selama 3 hari dan aku telah menduduki 3 paper...dan paper terakhir jatuh pada 26Jun2013 bersamaan hari khamis 17 Sya'ban sekali lagi Si Abang ditahan di wad gara2 cuaca jerebu...tak pelah abang nasib baik bonda dah setelkan semua paper exam ....fuhhhh....walaubagaimanapun semalaman ajer kami dua beranak duduk di Hospital Putrajaya itupun doktor beriya-iya nak tahan Si Abang katanya suspek apendiks....tapi bukan apendiks aku rasa sebab cuaca jerebu ni memandangkan baru sahaja keluar wad tak sampai 2 minggu masuk balik kan....cewah jadi doktor pulak aku...tak pe lah Abang nak bagi bonda rest kat Hospitalkan...ok

Dah setel satu masalah hujung minggu nya pulak bersamaan 30Jun2013 hari Ahad 21 Sya'ban kami sekali lagi sibuk bukan sebab kesihatan anak atau exam tapi kali ni sibuk nak pindah rumah...penat belum habis bab exam sambung pula pindah rumah...eh bukan pindah waktu malam ye....sebenarnya kami dah sepakat sebelum ni memang dah lama dipertimbang tarakan bahawasanya tarikh tersebut adalah yang sesuai sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Bulan Syawal...kiranya nak sambut Ramadhan dan Syawal di rumah baru kami...Alhamdulillah ada rezki buat kami sekeluarga memiliki rumah...walaupun di tempat baru dan jauh sedikit dari tempat kerja tapi yang penting anak2 Bonda semuanya seronok daripada duduk di kuarters (Apartment) tapi rumah bawah...memang jauh bezanya...cuma sekarang aku masih belum sempat nak berbakti pada tanah dibelakang rumah sibuk dengan aktiviti dalam rumah dan aktiviti atas jalan raya...Insyaallah sebelum raya ni aku nak jugak mengerjakan tanah dibelakang rumah tu dan juga halaman yang comei lotei tu....Insyallah....

Buat permulaan ni di Bulan Ramadhan aku keluar awal sebab nak sampai rumah awal memandangkan Si Abang pun bersekolah jadinya nak tak nak Abang dan Adik dengan rela hatinya bangun awal menyokong untuk tidak terlibat dengan aktiviti kesesakan jalan raya...huhuhuhu....Alhamdulillah masih di peringkat untuk membiasakan diri dengan keadaan yang sedemikian...sungguh walaupun penat badan tapi jauh di sudut hati gembira bila nampak rumah dan terutamanya Abang dan Adik bebas nak main apapun...terima kasih Anak2 Bonda bagi moral support walaupun korang ni kekadang cakap pun Bonda tak berapa faham...Thank you sayang...Alhamdulillah...

Alkisahnya mengharapkan dengan kehadiran Bulan Ramadhan Al Mubarak ini mengeratkan lagi silaturahim di antara semua muslimin dan muslimat...dengan azam yang baru...dengan suasana yang baru....macam semua baru2 cuma kete Audi ku ajer yang belum baruuuuu....hemmmmm...En.Kekanda buat2 tak faham jer....tak pelah ...kita pun buat tak faham jugaklah....hakhakhakhak....

Oklah Alkisahnya sekarang tengah mabuk nak cari benih pokok2 buahan yang kecil molek sebab aritu termasuk ke satu blog ni kalau tak kisah nak share kan nama blog itu semuamenjadi.blogspot apapun insyallah menarik jugak info dalam blog tersebut....oklah Alkisahnya BulanRamadhan.....
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template