Friday, 28 February 2014

6TahunSudah...

Assalamualaikum... Salam Hari Jumaat yang diberkati Allah... Hari ni genaplah Anakda Muhammad Faiz Wafiy 6 tahun walaupun tarikh pada tahun ni tidak menjelma iaitu 29 Februari memandangkan bukan tahun lompat..apapun Bonda dan Ayah tidak pernah lupa yang setiap tahun juga kami akan menyambutnya walaupun secara bersederhana... Jadinya malam semalam kami berempat beranak dengan usaha gigihnya mencari barang-barang untuk diberikan kepada kawan2 dan seperti yang dijanjikan Abg Wafiy akan memilih apa yang hendak diberikan kepada kawan-kawan dia....bukan main lagi seronoknya dua beradik ni bila memilih apa yang dorang nak bagi ikut citarasa tapi Bonda tetap pantau yerlah main ambik aje ha bila sampai kat kaunter termasuk barang En. Kekanda hampir cecah ratus jugak....takpelah dah janji mesti ditepatikan... So, setelah selesai membeli barang di Tesco jam telah pun menunjukkan jam 10 malam tapi semangat punya pasal Si Abg Wafiy sanggup tidur lambat tolong Bonda Packed barang2 tersebut...jelas di wajahnya keterujaan nya menantikan hari esok sambil ditemani si Adik yang sentiasa dimulutnya mengunyah makanan lepas satu satu....heiii...adik biasalah dia selagi ada je di depan matanya mulut tu mesti terkumat kamit bukan nya apa banyak makan... Ok akhirnya jam 11 malam selesai Bonda mempack goodies tersebut...aku dapat lihat Abg Wafiy puas hati sebab tak sabar nak tunggu esoknya...sebenarnya memang ini menjadi satu kemestian pada aku dan En. Kekanda untuk menyambut ulangtahun kelahiran anak2 kami...tapi setakat ni kami mengikut kemampuan dan yang paling penting seronok bila anak2 lain berasa gembira bila ada sambutan birthday ni...dorang pun tumpang sekali...itu yang kadang kala membuatkan aku rasa macam seronok bila kanak2 pun tahu menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut biasa-biasa sahaja...dan secara tak langsung aku mengajar anak ku cara untuk bersedekah atau share sesuatu yang menggembirakan bersama orang lain walaupun perkara tersebut tidak seberapa... Alhamdulillah kami bersyukur kerana aku sekeluarga masih lagi diberikan kesempatan untuk berbuat demikian tahun ini..insyallah mungkin akan datang turn adik pulak....insyaallah... Kepada Muhammad Faiz Wafiy selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 6 tahun....Bonda dan Ayah mendoakan semoga Abg Wafiy dan Adik juga menjadi anak yang Soleh di Dunia dan Akhirat, Anak yang berjaya didalam kehidupan di dunia dan Akhirat, Anak yang berbakti kepada masyarakat dan agama di dunia dan akhirat....belajar rajin2 supaya menjadi insan yang cemerlang kehidupan, pekerjaan, pelajaran di dunia dan akhirat....kami saya kalian berdua... Alhamdulillah.... Bonda dan Ayah sayang Abg Wafiy dan Adik hingga hujung nyawa kami...Alkisahnya 6TahunSudah....

Thursday, 27 February 2014

OkDahBesar...

Assalamualaikum... 2 hari ni Alkisahnya memang rasa macam tak percaya jer...mungkin bagi orang lain cerita tentang pembesaran anak ni memang perkara biasa sahaja tapi aku nak share pengalaman apabila anak ni meningkat umurnya...Alhamdulillah selama ni aku memang pesan pada anak2 terutamanya si Abang supaya kalau boleh malam tak perlulah dipakaikan pampers ketika tidur memandangkan umurnya pun telah menjangkau 6 tahun...bagi aku budak lelaki ni memang malas skit dan sayang masa tidur mereka sebab tu kot malas nak bangun dari tidur...dari memberhentikan tabiat minum susu bangun kul 3 pagi buat susu memang lah memerlukan pengorbanan terutamanya En. Kekanda rajin melayan anak2 bila terjaga malam meminta susu pasti dia akan buatkan tapi kalau dengan Bonda mintak maaflah tak dilayannya...ok itu kisah dulu kisah waktu anak2 tengah rancak minum susu, tapi sekarang dah tak mintak susu waktu malam sebab dapat idea dengan En. Kekanda bagi makan kenyang2 dan sebelum tidur malam bagi dorang susu...Alhamdulillah memang dah berhenti minum susu waktu time tidur nyenyak.... Tapi dalam 2 hari ni jugaklah Abg Wafiy menunjukkan sikap keperihatinan nya untuk bangun dari tidur pergi ke bilik air sendiri dan buang air sendiri...malam pertama sahaja dia gerakkan aku untuk temankan ke bilik air tapi malam kedua dah tak dikejutnya diri sendiri pergi....aku tak tahulah kalau org lain dah mengajar anak2 dari awal lagi cuma aku guna kan pendekatan tidak memaksa dan sentiasa menggalakkan anak2 supaya buat sesuatu, tapi sekiranya masih jugak tidak berhasil kita kena sentiasa gunakan pendekatan galakkan pada mereka...macam kitalah masa kecil2 dulu kalau dipaksa memang kita akan buat kan cuma hentakkan kaki tu kalau lantai boleh pecah dah lama berlubang-lubang lantai rumah tu...heheheh...so aku cuba praktikkan pada anak2 tiada paksaan tapi galakkan yang penting... So, nampak nya boleh lah spend kan duit untuk pampers Si Abg Wafiy pada perkara lain pulak...nanti Bonda fikirkan dan kena ada mesyuarat bersama En. Kekanda...tapi selalunya En. Kekanda ni setuju jer selagi tidak ada unsur2 keborosan....biasalah aku bila tak dipantau ada jer nanti benda yang tak sepatutnya dah dibelikan....hahahaha...ok Dan Abg Wafiy pun aku tengok dah ada semangat bila bab nak mula menarik minatnya....main tetap maintain aku tak kisah tapi setiap kali ada ajer benda atau perkara yang berupa perkataan mesti dia akan cuba membacanya...dan lagi satu aku tak suka sangat nak memaksa anak2 dalam pelajaran mereka bukan tak penting tapi sebagai Bonda aku tahu apa yang terbaik buat anak2 sebab mereka adalah insan yang memang bersama dengan ku semenjak dari dalam rahim ku lagi, so aku tahu apa yang terbaik buat mereka...dan lagi satu galakkan penting bagi Abg Wafiy n Adik....Abg Wafiy tahun ni dah nak masuk 6 tahun esok tapi walaupun 29 Februari tak muncul tahun ni Bonda tetap raikan jugak yelah kena tunggu 4 tahun sekali baru menjelma so jadinya tahun ni macam biasa Bonda Sambut 28 hb jelah ye Abg.... Ok, apapun syukur dengan nikmat yang Kau berikan kepada kami Ya Allah...tiada apa yang teristimewa bagi setiap ibubapa hanyalah anak2 mereka yang paling terindah dan tidak ternilai harganya hadiah di dunia ini....apapun terima kasih kerana dikurniakan anak2 yang *baik sangat2, comei, hahahaha faham2 jelah kalau budak2 kan...terimalah mereka dan hargailah anak2 kita...tak pun nak lagi syahdu masa dorang tidur cuba letakkan telinga kita di dada mereka...jangan pandang waktu dorang tidur jer...kalau buat macam tu confirm meleleh air mata ni sebab kita akan terdengar dengupan jantung mereka sewaktu tidur...memang aku tak dapat nak gambarkan perasaan nya...tapi apapun cubalah...terima kasih Ya Allah dan Alkisahnya OkDahBesar.....

Friday, 21 February 2014

HariHatiTerluka

Assalamualaikum WBT... Hemmmm..hari ni hari Alkisahnya memang kisah sangat sebab hati ini terluka... biasalah "sedangkan Lidah lagi Tergigit, inikan pula suami isteri"....perempuan pulak bila *waktu tu* emosi terlebih sikit..bila terlebih sikit semua benda nak dihempasnya walaupun pintu gril yang tak ada kaitan pun nak dimarahnya...walaupun anak kucingku mengiaw-ngiaw pun kena marah dengan aku...

Itulah bukan hati ini sengaja nak memberontak, bukan mulut ni sengaja nak memarahi, bukan tangan ini sengaja menolak pintu gril kuat-kuat, bukan kaki ini sengaja menekan pedal minyak kuat-kuat menunjukkan tanda protes tapi entahlah tiba-tiba nak perhatian pulak..pelik betul lah orang perempuan ni bila *waktu tu* menjelma...

So, harap sangat kaum yang bergelar lelaki, kekasih hati setia hujung nyawa, suamiku syurgaku, lelaki itu bapa kepada anak-anakku atau En. Kekanda...sedarilah bahawasanya Isterimu, kekasih hati setia hujung nyawa ni Bonda kepada anak-anak tak sengaja bersikap macam tu..alah paling idak pun waktu pagi En. Kekanda tak mesej aku pun tapi biasalah mana boleh tahan kalau tak dengar suara aku kan satu hari so macam biasa sebelum tengahari aku memang terima panggilan dari En. Kekanda..ikutkan hati tak nak je jawab tapi tangan ni jahat sangat jawab jugak panggilan tu...mulut pun sama jawab je salam dia...boleh jer cakap elok-elok...

Soalan yang biasa En. Kekanda ajukan pada aku walaupun dia tahu aku tak suka diganggu bila time "konon-konon merajuk kan" tapi soalan yang tak boleh dielak bila En. Kekanda berkata-kata "tadi Abg hantar makanan kat anak, anak ok, Adik ok jer, Abg belikan sarapan letak dalam bekas yang Syg dah sediakan, nanti balik jangan lupa ambil tau".... aku pun jawab dengan serba salah "yelah"....Itulah perangai En. Kekandaku kalau aku merajuk mesti dia yang akan pujuk sebab dia dah faham sangat dengan perangai Isteri dia ni...marah tapi cakap jugak...heiii mesti kalah bila time aku nak merajuk lama-lama mesti tak boleh mesti dia kacau aku...xpe2 nanti aku cari hal lagi nak merajuk lama2..hehheheh...

Kisah suami isteri mesti tak akan habis-habis kan...bila ada perselisihan faham mesti salah sorang akan memujuk walaupun secara sengaja atau idak sengaja..tapi kalau tak bergaduh tak best gak...macam cite hindustahehh... oklah saje nak bercerita tetang Alkisahnya HariHatiTerluka... TERIMA KASIH EN. KEKANDA.....


 

Tuesday, 18 February 2014

TerimaKasih&Alhamdulillah

AsSalam...

Setelah hampir seminggu lebih masa untuk berjumpa kembali dengan Dr. bagi melihat perkembangan AbgWafiy...bukan main seronok lagi dua beradik ni nak jumpa doktor dari dalam kereta lagi konon-konon nak tanya banyak soalan macam-macam idea tapi bila tiba turn masuk ke bilik Dr. pakat dok senyap dua beradik ni...yang paling dorang excited sekali masa nak tengok dalam tekak AbgWafiy guna camera...

So, Dr. suluh gambar dalam tekak dan dibawah lidah AbgWafiy memang nampaklah ulsernya kesan dari operate tempoh hari...patutlah AbgWafiy paling ketara menangis nya bila bangun dari tidur sebab Dr. pun ada bagitau yang memang bila bangun dari tidur patient akan mengalami kesakitan di bahagian tekak kerana kekeringan...Aduh..ditambah pula dengan cuaca sekarang panas sentiasa. Tapi cuma satu yang menjadi kemusykilan aku kerana suara merdu AbgWafiy sebelum ni dah hilang ditambah pula dengan suara yang semakin lembut sekarang...bila AbgWafiy bercakap mesti kami nak tergelak tapi tak adalah tunjuk depan dia..so Dr. cakap situasi suara ni mungkin akan berlanjutan sehingga sebulan disebabkan tiada halangan lagi berbanding sebelum ni...

Ok, lega rasanya hati ni...so next appointment 3 bulan dari sekarang...cuma yang merisaukan Bonda adalah minggu2 sehingga ulser didalam tekak AbgWafiy ni nak sembuh..masa ni lah ada org cakap boleh berdarah kembali sekiranya patient batuk atau terlalu aktive sehingga menyebabkan kan tekak luka kembali...AbgWafiy pun dah dihantar sekolah seperti biasa sebab dah terlalu lama sangat bercuti. Bonda harap AbgWafiy cepat sembuh...

So, dua beradik ni bila jumpa doktor terpanalah pulak...si Adik tersipu-sipu malu bila Dr. suka sangat menyakat dia...dan alasan Adik tak pergi kesekolah hari ni pun sebab katanya "Adik batuk rasanya tak boleh pergi sekolah kena tidur kat hospital ni mcm Abg"...heee jgn nak perasanlah Adik setakat batuk ajer sape suruh makan aiskrim banyak2 mengalahkan AbgWafiy yang sakit...

Oklah apapun Terima Kasih Dr. Sahrir dan Kakitangan KPJ Kajang yang banyak membantuk kami semasa berada di hospital, Terima Kasih juga sebab PruBSN membantu kami membayarkan bil2...cuma kena spare jugaklah dalam rm600 10% downpayment sebab total lebih rm6k...tapi yang penting rm600 dapat balik sebab duit warded cover semalaman rm300. Dan terima kasih juga kepada mereka yang sudi menjengah masa AbgWafiy di dalam wad tempoh hari...Terima kasih kepada yang sudi mendoakan supaya AbgWafiy cepat sembuh...Terima kasih Ya Allah berikan kekuatan kepada anakku Muhammad Faiz Wafiy kerana tak banyak kerenahnya dan walaupun sakit tapi masih boleh bersabar...Terima Kasih dan Alhamdulillah... Alkisahnya TerimaKasih&Alhamdulillah
*Terima Kasih Doktor*

Thursday, 13 February 2014

AbgWafiy&PembedahanTonsil&Dr.Sahrir&KPJkajang


Abg Faiz Wafiy sebelum pembedahan tonsil...masa ni dah tukar baju dan bersedia nak masuk ke operate theatre..



Abg Faiz Wafiy selepas pembedahan tonsil.  Senyap je cuma sesekali berkata "Bonda tekak Abg sakit"......




Assalam...
Tarikh 7 Februari 2014 (jumaat) malam Abg Faiz Wafiy addmit ward di Hotpital KPJ Kajang untuk tujuan pembedahan tonsil tersebut.  Doktor yang buat adalah merupakan doktor pakar iaitu Dr. Sahrir Sanusi.  Selepas 3 minggu appointment dibuat akhirnya Dr. mengesyorkan Abg Wafiy addmit ward dan seterusnya menjalani pembedahan tersebut.  Makanya selepas semalaman pada 8 Februari 2014 (Sabtu) jam 8.30 pagi Abg Wafiy bersedia dengan menukar pakaian yang telah disediakan bagi pembedahan tersebut.  Masa tu aku tengok muka Abg Wafiy cuak jer tapi sempat lagi aku pesan pada dia.."Abg baca bismillah banyak2 ye insyaallah Abg tak sakit"..aku tak pasti samada dia ingat atau tak faham dengan pesan aku tapi dia mengangguk aje setiap kali pesanan itu aku ulang2 sehinggalah ditolak ke bilik pembedahan.  Sebelum tu Abg Wafiy ada jugak bertanya "kenapa Abg kena masuk wad? Kenapa abang nak kena bedah?" tapi jawapan aku yang tak nak mengconfiuskan dia "Doktor nak laser kuman jahat kat dalam tekak Abg sebab selama ni kuman tu yang buat Abg sakit dan demam" "nanti lepas ni bila kuman tu dah kena buang tak ada lah lagi Abg demam lagi"...Abg cuma angguk aje...dia faham lah tu...
 Ada jugak dia merungut katanya tak selesa pakai baju tu...tapi aku pujuk jugak yelah dia kata baju tu seksi nampak belakang Abg nanti orang tengok macam mana..."ok Abg semua orang yang nak jumpa doktor kena pakai baju macam ni, takpe2 Bonda cover belakang Abg"

First time jugaklah aku masuk kat bilik bedah ni...Kat Hospital Swasta ni kita boleh temankan anak sehingga dia diberikan ubat bius (tak sedar) dan masa itulah nurse akan minta kita keluar cepat2 sebab doktor nak buat apa yang patut....masa Dr. pakar bius mencucuk untuk dimasukkan jarum Abg Wafiy gengam tangan Bonda kuat2...air mata menitik laju tapi suara tak keluar..masa tu aku faham mesti dia rasa confius dan takut...tapi aku peluk dia kuat2...tangan aku ni tak pernah aku rasa kudrat budak pegang begitu kuat mungkin menahan kesakitan...tapi Alhamdulillah Abg Wafiy tetap cool dan Dr. serta pembantu tak perlu nak pegang ramai2. Lagipun Abg Wafiy dah terbiasa sebab sebelum refer ke pakar ni memang setiap bulan wajib baginya ke Hospital Kajang dek diserang seakan-akan asthma akibat pembengkakkan tonsil.  Jadi baginya memang dah rutin setiap bulan kira oklah tak perlu diikat dengan kain kan....

Sebelum prosedur seterusnya iaitu ke bilik bedah aku masih pegang tangan dia...Abg Wafiy aku tengok masih cool lagi...bila dia diangkat ke atas katil utk pembedahan laju aje tangan nurse dan pembantu Dr. memasang segala-galanya ke dada, tangan...masa tu Aku sebenarnya dah panik dan cuak terdetik jugak dalam hati ni nak kata Dr. tak jadilah nak buat pembedahan tapi aku cuma berdoa yang terbaik untuk anak ku dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.  Dan sebelum Abg Wafiy ditidurkan Dr. pakar bius minta Abg Wafiy tiup belon (ubat bius)...dan masa alat tu betul2 dah diletakkan di sekitar mulut dan hidungnya Abg Wafiy seakan2 panik macam kesakitan dan tak sampai 5 saat Abg Wafiy dah terlelap dan masa inilah part yang paling sayu dalam hati aku sebab sekujur tubuh anak kecil baring di atas katil pembedahan dengan wayar yang berselirat aku pandang wajah Dr. pakar bius, pembantu2nya dan aku juga diminta untuk mencium pipi Abg Wafiy sebelum aku diarahkan keluar bermakna proses pembedahan akan dijalankan secepat yang mungkin.  Masa aku diiringi oleh seorang nurse keluar aku sempat berpesan pada Dr. Sahrir supaya "Doktor buat yang terbaik ye..." sambil tumb aku menunjukkan isyarat bagus....Nak tahu satu rahsia sebenarnya masa tu aku hampir2 nak menangis sebab sedih pulak sayu pulak hati ni rasa bersalah sebab tak jaga Abg Wafiy elok2 sampai kena operate....Maafkan Bonda ye...

Setelah setengah jam berlalu nama ku dipanggil sebab Abg Wafiy dah sedar dan memanggil2 nama Bonda....Bila sampai aku tengok air mata Abg Wafiy laju turun tapi nasib baik dia tak melalak cuma dia ada sebut "Bonda tekak Abg sakit...Abg nak air"...perlahan aje suaranya mungkin tidak selesa dengan keadaan tekak selepas dibedah..aku rasa mesti sakit aku terus peluk dia tak nak bagi dia rasa tertekan sambil tu aku cuba pujuk dia..."Abg tahan ye jangan menagnis nanti darah keluar lagi sakit...Abg cuba telan air liur" masa tu aku tengok Abg Wafiy memang sentiasa dan cuba menelan air liur tapi air mata tetap keluar berketul2 menahan kesakitan dan ketidak selesaan....nurse titis kan air kedalam mulut Abg Wafiy dan masa tu aku baru teringat yang Abg Wafiy tak minum dan makan semenjak pukul 10 malam tadi aku dah puasakan dia sehinggalah sekarang jam 10 pagi masih tidak minum apa2...Dr. Sahrir sempat berpesan supaya diberikan air sedikit sedikit mengelakkan tekak dia sakit dan yang paling aku takutkan Abg Wafiy muntah2 seperti yang aku dengar dari cerita pengalaman orang lain selepas anak dibedah tonsil....Ya Allah kuatkanlah semangat dia...sembuhkanlah cepat....aku peluk Abg Wafiy aku cium dia berkali2...udah macam dalam drama pulak tapi nak buat macam mana tak nak bagi dia menagis lagi teruk dia....hemmm sempat lagi Dr. Pakar Bius datang mengusik Abg Wafiy...Abg Wafiy bila nampak Dr. Pakar Bius tu sempat tarik muka masam macam tak puas hati agaknya di fikiran dia doktor nilah yang buat aku sakit...aku cuma tersenyum jelah tengok gelagat doktor tu bila dia kata "eh dah boleh bercakaplah...hebatlah dia"....sambil tu tangan dia mengusik kaki Abg Wafiy..."ok ok doktor buat Wafiy sakit doktor tak nak usik Wafiy lagi"...macam2 hal doktor2 kat situ mungkin Abg Wafiy ni patient yang first dan tak banyak meragam sepanjang tempoh dorang menguruskan pembedahan...

Akhirnya Abg Wafiy ditolak ke wad setelah keadaan dia stabil...atas katil Abg Wafiy senyap dan sesekali berkata tentang kesakitan tekak dia....aku cuma boleh bagi dia air sekali sekali menunggu sehingga jam 12 tengahari baru Abg Wafiy dibenarkan untuk menjamah makanan itupun aiskrim...sesekali nurse datang bertanyakan ada tak Abg Wafiy muntah2...tapi Alhamdulillah Abg Wafiy tiada simptom-simptom yang menunjukkan dia akan muntah dan akhirnya buat pertama kalinya Abg Wafiy cuba untuk makan aiskrim dan aku tengok kesakitan tu tetap ada tapi banyaknye kelaparan rasanya anak aku ni...takpe Abg Wafiy makan nanti kita sulam dengan air...

Dan masa tu Adik datang melawat Abg Wafiy....perkara pertama aku tengok dua beradik ni adik seolah2 macam doktor kecil pulak bila dia tanya "Abg sakit ke?" sambil tu tangan dia mengusap belakang abangnya dan Abg Wafiy cuma menangguk tanda setuju dengan apa yang adik katakan...dalam hati aku korang ni masa ni baiklah tunggu keluar hospital ni mesti adik ajak abang main yelah Tok nya kata malam mengigau-ngigau sebut nama Abg Wafiy rindulah kononnya...tapi yang penting sebenarnya adik pun nak aiskrim macam Abg Wafiy makan saje je kami buat2 tak ingat nak belikan untuk dia tapi bila adik dah tahu untuk diapun Ayah ada belikan laju je makan...hemmmm...sape yang sakit ni lebih2 lah adik ni.... Hari Ahad 9 Februari 2014 dah boleh kuar wad dan seterusnya balik ke umah...hermmmmm selesa sikit berbanding duduk di wad ni yelah tak boleh nak baring lebih2 nanti kejap2 nurse datang tengok itulah inilah...nak buat macam mana dorang takut kalau Abg Wafiy tiba2 demam kan....sebelum pulang Dr. Sahrir ada datang melawat Abg Wafiy tapi hari ni dia off duty kot sebab segak jer pakai baju kemeja bukan lagi baju ketika didalam bilik operate room yang berwarna biru tu...dia pesan macam2 jaga makan, minum air banyak, ubat ambil ikut masa, rest dulu dah sihat baru pergi sekolah....ok doktor dan masa tu sempat Abg Wafiy cakap "Terima kasih Doktor"....Doktor tersenyum sambil pegang2 badan Abg Wafiy...hermmm doktor dah elok dah siap mintak nasi lemak lagi dengan ayam goreng....ok lah tu.... Alhamdulillah sehingga ke hari ini Abg Wafiy makin sembuh dan dah masuk hari yang ke 5 dah makin sihat dan sakitnya tak adalah teruk sangat mungkin bila dia kata kan tekak dia sakit sebab terlalu bermain sangat dengan adik lupa kesan operate tu bila dah penat baru teringat kot...Bonda tahu Abg Wafiy dah sihat cuma kena sentiasa makan ubat dan minum air yang banyak...apapun terima kasih kepada AyahSu dan MakSu kerana sudi menumpangkan Tok&Tokwan beserta Adik yang memang kuat makan sepanjang Bonda berada di Hospital menemankan Abg Wafiy....tak lupa jugak buat AyahNgah sekeluarga yang dari Tanjung Malim datang walaupun tak tahu jalan sampai jugak melawat Abg Wafiy di Wad..dan buat AyahLong Sekeluarga yang berhubung melalui telefon faham jauh di Sabah...Kawan2 yang bertanyakan khabar dan tidak lupa juga mereka yang mendoakan kesihatan Abg Wafiy...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...Alkisahnya AbgWafiy&PembedahanTonsil&Dr.Sahrir&KPJkajang...

Friday, 7 February 2014

Aku&Viva660

Hai Hai Hai... Lamanye tak mengupdatekan cerita baru ni...semenjak masuk tahun baru ni busy betul rasanya...yelah menhayati kesesakan lalulintas... Hem...Alkisahnya...tahun baru aku bersama-sama dengan Viva660 yang memang mencabar pada mulanya...yelah dah lama tak bawa kereta manual alih2 dari auto ke manual memang matilah enjin bila jem terutamanya di kawasan mendaki bukit..tapi itu untuk minggu pertama bila sampai je traffic light confirm enjin mati ....hehehhe... Viva660 ni dibeli sebab aku selalu berebut dengan En.Kekanda bila aku kena kerja luar...so, sekarang ni tiada alasan lagi untuk kami berebut kereta...walaupun Viva660 tak laju tapi bolehlah menyelit2 dan part yang paling aku suka bila nak parkir..senang gile beb...sekali pusing stering jer dah park kat dalam petak...semudah ABC... Apapun alhamdulillah kerana ada jugak rezeki kami sekeluarga menambah ahli keluarga baru dan menambah hutang yang sedia ada dek kerana tuntutan zaman sekarang terpaksalah..tapi apapun rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan pandai2 lah kita ni manusia managekan semua tu...apa lagi sediakan duit je lah bayar tiap2 bulan... Alkisahnya Aku&Viva660

Monday, 25 November 2013

BondaJanganNangisTau...

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat semua....
Dua minggu ni Bonda terpaksa duduk berjauhan dengan anak2 Bonda Adik dan Abang....
Dua minggu ni jugalah Bonda sunyi bila balik dari kerja...biasanya riuh rendah dari dalam perjalanan hinggalah sampai rumah...memang riuh...
Tapi dalam dua minggu ni jugaklah Bonda sunyi sangat...tak tau nak buat apa..baring pun tak terlelap mata ni...nak makan pun tak ada mood...nak tengok tv pun macam tak best jer...selalunya channel berebut dengan Abang...tapi 2 minggu ni Bonda tengok tv macam tak ada rasa asammasinmanis dan segala-galanya....

Sabtu Bonda balik...tapi rindu punya pasal Bonda gagahkan jugak bawa kete balik Pahang...walaupun terhegeh-hegeh demi Anak2 Bonda gagahkan juga...alhamdulillah selamat sampai tapi sebelum sampai kat terowong GentingSempah Bonda terpaksa melalui satu kemalangan yang melibatkan motor berkuasa tinggi...Ya Allah selamatkan lah orang tu...walaupun Alkisahnya tak kenal tapi Aku sedekah kan ajelah Al-Fatihah kat mangsa tu....

Ahad Bonda balik ke Semenyih....sebelum balik macam biasa Bonda peluk dengan penuh kasih sayang dulu...yium yium dulu peluk kuat2...tiba2 Adik bersuara..."Bonda jangan nangis tau"....aduh syahdunya bonda bila Adik berkata2...Si Abang tak ada perasaan sebab memang dah lama dinantikan cuti sekolah ni boleh duk kat umah TokNTokwan...."Ok Adik...Bonda tak nangis tak nangis pun...." Tapi masa aku menuju ke kereta Mak aku cuit aku..."Cuba Hang tengok, Adik paling muka kat tempat lain....tadi dia cakap Bonda Jangan nangis tapi kejap lagi air mata berketul2 lah jatuh tuh"...Aku senyum jer sebab tak sangka Adik ni jiwa sentimental sikit orangnya n lagi satu Adik tak suka menunjuk2 perasaan pada orang lain....terutamanya ketika menangis dia sanggup berhenti menangis semata-mata Bonda membayar duit tol, lepas ajer tol Adik sambung balik menangis sampai kat Taska mesti dia dah kesat air mata sendiri tak nak bagi orang tau dia menangis dalam kereta sepanjang perjalanan dari rumah ke tempat kerja.....Itulah Adik...dengan Bonda ajer dia tunjuk tapi depan orang lain dia tak akan tunjuk...

Dan masa perjalanan balik dari Karak ke Tol Gombak betul2 sebelum menghampiri JandaBaik...ada kepulan asap yang dapat dilihat dan kereta pun sudah memperlahankan kenderaan masing2...Aduh apa pulak kali ni....mata aku tiba2 ternampak sebuah motorsikal Berkuasa tinggi jugak tengah terbakar ...api marak...dan semua kenderaan perlahan2 dari 2 line jadi 1 line....mata aku ni melilau tiba2 ada tubuh dah pun terkujur kaku ditutup dengan kain berwarna merah terbaring di atas highway....Ya Allah menggeletar kaki dan tangan ni...kalo ikutkan hati mau je aku pusing tak nak tengok kemalangan tu tapi apakan daya sape pulak nak bawak kete ni ...aku sorang jer..En. Kekanda tak ada...Aduhhhh...memang sah mamat tu dah meninggal dunia...aku cuma perasan tubuh tu memang dah kaku n helmet pun dah tercampak tempat lain...aku doakan roh mamat tu dicucuri rahmat...dan aku sedekahkan Al-Fatihah entah berapa banyak pun tak tahu selagi tangan dan kaki ni masih menggeletar....

So, kul 12.15 tengahari Alkisahnya memang dah kepenatan dan selamat sampai kat umah...cuma kesunyian melanda lagi diriku ini...xpelah..sesekali anak2 pun nak juga merasa keseronokan cuti sekolah macam kita kita dulu kan...dan sesekali nak juga aku ni bermanja dengan En. Kekanda...eh silap En. Kekanda yang memang nak bermanja dengan aku..yelah selama ni tak dapat perhatian yang sewajarnya....hehehhe...

Oklah...sampai di sini jelah Alkisahnya nak bercerita ...tiba2 sayu pulak hati ni..gundah gulana..apa lah yang aku nak buat malam nanti...Bonda akan selalu sayangkan Abang dan Adik, walaupun berjauhan namun kasih sayang Bonda tiada berbelah bagi...Alkisahnya "BondaJanganNangisTau".............
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template