Thursday 28 February 2013

29Februari2008

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera....
Tanggal 29Februari2008 putera sulung kami yang ditunggu hampir satu tahun setengah iaitu Muhammad Faiz Wafiy bin Mohammad Zaiham telah dikurniakan kepada kami olehNya ...Alhamdulillah kami bersyukur padaMu....
Bila tiba bulan Februari setiap tahun Bonda mesti pening nak sambut nak ungkapkan bila...serba salah dibuatnya..dan bila teringat lagi sewaktu nak 'meneran' kat dalam labour room di Hospital Serdang dengan sorakan *Bola s=p=k* serta dorongan dari Nurse dan Suami, susah susah payah tepat jam 11.07malam sambil melihat jam dinding dalam bilik di atas katil berpeluh-peluh pasti Alkisahnya terkenang kembali gigih betul nak tarikh 29Februari tu...Orang kata Orang Dulu-Dulu Kata "Alang-alang Menyeluk Perkasam biarlah Sampai berbau Perkasam...."Jadinya inilah hasilnya setiap 4tahun baru menjelma tarikhnya...
Memandangkan 4tahun sekali bermakna untuk tahun 2013 ni tarikh tersebut tak wujud kena tunggu setiap 4tahun akan datang iaitu tahun 2016..Insyaallah..
Bonda&Ayah berharap Abang akan menjadi Anak yang cemerlang didunia dan Akhirat, Anak yang Soleh Dunia dan Akhirat, Anak yang sentiasa mendoakan untuk seluruh keluarganya di Dunia dan Akhirat...Amin
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-5 Muhammad Faiz Wafiy..tiada kata yang dapat Bonda&Ayah ungkapkan...
Walaubagaimanapun tahun ni Si Abang dah siap-siap pesan hadiah Jam Tangan.  Sebenarnya Alkisahnya tak jangka yang Si Abang akan minta hadiah macam tu...*Masalahnya pandai ke tengok jam kat tangan tu nanti Abg**Dah besau anak aku*...Dah Tentu dan PASTI nya si Adik pun akan minta benda yang sama....Kalau ada yang lebih-lebih kita belikan untuk Adik ye...
Apapun Selamat Ulang Tahun Kelahiran *Hapy Birthday to You dalam bahasa orang Omputeh*... yang ke-5tahun...Alkisahnya 29 Februari2008.
Abang Wafiy dan Si Adik Aidil *Masa ni Airliur tak meleleh sebab Control Macho*...

Wednesday 27 February 2013

UstazahKuBonda...

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera..
Alkisahnya..Semalam masa nak jemput anak balik dari sekolah petangnya (ABIM) hujan selebat-lebatnya jadi terpaksalah Bonda melewatkan sikit waktu untuk menjemput si Abang balik dari sekolah...Seperti biasa bila dah ambil perkara pertama yang ditanya adalah "Bonda bawa kereta laju ke ? Kenapa Lambat ambil Abang? Banyak Work ke? macam2 yg ditanya dan tentulah jawapan dah ready awal2 sebab memang rutin harian akan jawab benda yang sama "Laju Bonda bawa kereta orang jalan kaki pun bonda potong." Ambil Adik dulu baru jemput Abang kesian kat adik" Sory ye sayang kat Ofis banyak Work tadi" hemmmm...entah dia faham ke idak tapi sekurang-kurangnya Alkisahnya dah makan garam dulu dari dia...
So, seperti biasa Bonda yang prihatin akan selalu membelek beg sekolah dan dijadikan cerita hari ini dalam beg CikguAbim letakkan Qiraati.. Apa lagi malam tadi jadi UstazahBonda lah sekejap...
Alkisahnya bab-bab mengajar anak memang siap pegang rotan...(Action ajer bagi dorang tak lari sana sini)...dan selepas Azan Maghrib berkumandang dua beradik bersiap sedia dengan Iqra' masing-masing tidak ketinggalan si Adik dengan airliur dah meleleh membasahi dagu dan baju tidurnya tidak ketinggalan menunggu turn untuk mengaji bersama UstazahKuBonda....
Alkisahnya memang sedia maklum si Abang setakat ni bacaan nya tidak ada masalah cuma biasalah tersasul sikit2 tu..tapi yang memeranjatkan Alkisahnya Si Adik tadi bacaan nya lebih lancar berbanding Abang dengan titisan air liur yang telah membasahi dagu dan bajunya...Ya Allah syukur tak sangka pulak adiknya lancar...sebenarnya nak tergelak pun ada sebab memang tak jangka si Adik boleh turut serta mengaji...dan setiap kali si Adik baca mesti dia akan pandang muka UsatazahKuBonda dan tidak ketinggalan 'rotan' ditangan...Setengah jam berlalu Alhamdullillah dua beradik masing-masing menarik nafas lega bila UstazahKuBonda mengalihkan 'rotan' ke tempat yang lebih tinggi....
AbgWafiy dan AdikAidil ngan *Puting*
Maka Alkisahnya ingatkan adikberadik ni tadi akan kembali ke aktiviti 'meneroka' rumah tapi sebaliknya mencapai 'teropong' (BotolSusu) masing-masing menghadap tv sambil tu mata dahpun layu...bila Alkisahnya berpaling si Abang sudah tido kerana kepenatan...kesian pulak tapi Alhamdulillah Abang,  Bonda doakan Abang dan Adik akan menjadi anak yang soleh dunia dan Akhirat....Insyaallah malam ni kita berjumpa lagi...*Seronok tengok adik baca sampai airliur meleleh membasahi bajunya dan matanya yang bulat tu*...Alkisahnya UstazahKuBonda....

Tuesday 26 February 2013

TipsUntukSangSuamiPulak....

Assalamualaikum ...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Kepada Suami diluar sana sekiranya menyinggah sekejap di Blog batubelahbatubertangkup ini Alkisahnya ingin berkongsi TipsUntukSangSuamiPulak kepada Sang Isteri yang tercinta....
Pertama : Semasa bercakap dengan isteri, pandanglah matanya yang ayu itu sambil menyentuh mana-mana anggota badannya kerana cara ini akan mengeratkan lagi cintanya pada suami... kalau tak percaya cuba share dengan blog keretamayat.blogspot ....
Kedua : Berkongsilah cerita di pejabat setelah seharian anda di sana agar isteri terasa dirinya disayangi kerana sanggup berkongsi cerita urusan pejabat dengannya.  Ini menyebabkan dia rasa dirinya dicintai... tapi kepada suami yang tidak bekerja pejabat usah risau kalau suami bekerja luar dari bidang itu pun boleh dipraktikkannya ye sang suami....
Ketiga : Apabila bercerita, pastikan tidak merendahkan martabatnya.  Tidak menunjuk-nunjuk akan kehebatan diri anda kepadanya.  Ini akan menyebabkan dia kecewa dan merosakkan minatnya untuk mendengar lagi.
Keempat : Apabila anda telah selesai bercerita , dengarlah pula ceritanya dan jangan komen hingga dia selesai bercerita.  Ini menyebabkan dia rasa dirinya dihormati.
Kelima : Sebelum menutup perbualan, ungkapkanlah ucapan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan perasaan dengannya.  Ini menyebabkan dia teruja untuk menunggu anda pulang dari kerja esok harinya..Jangan syok sendiri ye...
Keenam : Jika dapat laksanakan kelima-lima perkara di atas, yakinlah persahbatan anda dengan isteri akan bertambah kukuh hingga ke akhir hayat...
Mungkin banyak lagi tips boleh Sang Suami praktikkan yang positif untuk keharmonian rumahtangga...Jadi sayangilah Isteri anda sehingga ke SetiaKeHujungNyawa...
Alkisahnya TipsUntukSangSuamiPulak....

TipUntukIsteri...

Assalamualaikum ....
Salam Hormat dan Salam Sejahtera....
Alkisahnya nak berkongsi sedikit tips untuk Sang Isteri untuk sentiasa disayangi Oleh Sang Suami...
Tip dibawah ini adalah untuk Sang Isteri yang Sentiasa Membahagiakan Suaminya seperti :
- Sentiasa taat dan syukur pada pemberian suami.;
- Berterusan tunjuk minat mendengar semua cerita dan luahan suami;
- Tidak sesekali membiarkan suami terpandang 'kotoran' dari badannya;
- Tidak sekali-kali suami akan terhidu bau 'kurang enak' dari badanya;
- Sentiasa sekali-kali suami 'bingit telinga' akibat dari kata-katanya;
- Sentiasa hormati waktu makan suami (kerana ia mempengaruhi mood);
- Hormati waktu tidurnya (kerana ia berkaitan kesegaran fizikal tubuh);
- Amanah menjaga harta sepanjang peninggalannya.;
- Bijaksana mengurus kesejahteraan anak-anak dan pembantu suami (jika ada);
- tidak sesekali ingkar kehendaknya (selagi tidak bertentangan syariat);
- Jujur dalam menyimpan semua rahsianya.......
Sekian TipUntukIsteri dari Alkisahnya....

ApaItuStres?

Assalamualaikum....
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
STRESS ialah tekanan perasaan iaitu gangguan emosi kesan tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseoarang atau disebabkan sesuatu beban yang menimpa seseorang.
Apabila berlaku STRESS , badan menghasilkan hormon adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih laju, pernafasan lebih kencang dan tekanan darah meningkat.
Tanda STRESS boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :
Fizikal - Badan letih, sakit kepala, susah tidur, sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan tulang belakang, degupan jantung kuat, tekak loya, ketar badan, tangan berpeluh dan rasa sejuk.
Mental - Mudah lupa, hilang tumpuan , susah buat keputusan, fikiran celaru, serabut.
Emosi - Kerisauan, kebimbangan, fikiran negatif, membuat andaian tidak betul, sugul dan muram, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, panas baran dan mudah hilang sabar.
Sikap - Suka mengeluh, makan bantak, merokok, minum arak berlebihan, agresif, maki hamun dan suka salahkan orang lain.
Alkisahnya dapat info ini sebab dikala malam nya tadi tidak dapat melelapkan mata sehingga ke subuh...mungkin ada kaitan dengan info di atas ni so hari ni Alkisahnya cuba relakskan diri hari ini...
Alkisahnya ApaItuStress....
Ada lagi info selepas ini...tunggu...

Monday 25 February 2013

RangsangMindaAnak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Alkisahnya ingin berkongsi mengenai Tips untuk RangsangMindaAnak anda... Mari kita sama-sama membaca dan praktikkannya...
Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.  Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk.  Inilah sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Memang ramai ibu bapa mengimpikan mempuyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij.  Namun jangan risau tips-tips dibawah ini kita boleh mempraktikkan bersama-sama.  Akisahnya pun akan cuba praktikkan apa info yang telah dapat sambil membelek suratKhabar seperti kebiasaannya..
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
1.  Masa berdua dengan anak kerana walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap mahukan kehadiran anda dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan..Berdua dengan anak sambil berbual bertukar idea lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil berbanding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti.  Macam-macam yang boleh dilakukan samada secara santai ataupun dirancang bersama, so apa lagi praktikkan ye...
2.  Membaca buku bersama bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia jadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil...lebih-lebih lagi bila si kecil memberi respon seperti bertanya dan sebagainya.
3.  Bermain Olok-Olok juga merupakan aktiviti yang amat digemari anak-anak ini kerana mereka mempuyai daya imaginasi yang tinggi. Jadi tak salah kalau kita terlibat sama untuk bermain permainan tersebut...
4.  Mempunyai Kehidupan Sosial dan kita juga perlu tahu yang kanak-kanak sekarang amat akrab dengan teknologi.  Tarikan teknologi amat hebat dan kadang kala membuatkan sehari suntuk anak-anak duduk dihadapan pc berjam lamanya.  Sebagai ibubapa kita kenalah menggalakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawan kerana ia membantu mereka meningkatkan kemahiran bersosial.  Ketika bermain inilah dia akan belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding.  Kemahiran inilah sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan sendiri...Sesekali tu pemantauan perlu ada ye...
5.  Bermain dengan permainan yang ada peraturan dan menguji minda kerana dapat belajar untuk bersabar, menunggu giliran dan mematuhi peraturan. 
6.  Memasuki kelas kanak-kanak ini termasuk kelas mempertahankan diri, muzik, lukisan atau apa saja bersesuaian dengan minat mereka.  Ini boleh membantu mereka belajar berinteraksi, bersosial, mendengar dan mematuhi arahan seta memperbaiki keseimbangan badan.  Secara tidak langsung ianya juga boleh meningkatkan keyakinan diri si kecil.
7.  Aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti yang tidak terikat dengan peraturan.  Ibubapa juga digalakkan untuk menyertai aktiviti ini supaya kita sebagai ibubapa tidak terlalu mengawal kerana secara tidak langsung anak-anak dapat belajar kemahiran bermain dalam kumpulan.
8.  Menonton televisyen bersama-sama sudah semestinya kerana tidak mustahil sekarang televisyen merupakan saluran yang paling mudah didapati disetiap rumah dan sambil menonton kita boleh membina keyakinan anak-anak melalui pelukan, gelak ketawa atau sebagainya yang positif....
Insyaallah sekiranya apa yang kita lakukan adalah kebaikan maka kebaikan lah yang akan diterima...
Alkisahnya tips untuk RangsangMindaAnak....Selamat mempraktikkannya ....


Friday 22 February 2013

AlhamdulillahSyukurPadaMu....

Assalamualaikum...Salam Hari Jumaat....
Salam Hormat dan Salam Sejahtera..
Setiap hari kita sentiasa memikirkan apa lagi yang tidak cukup dengan kehidupan kita sehari-harian termasuklah Alkisahnya sendiri..sebagai manusia biasa kita tentu tidak lari dari kebiasaan seperti ini...
Namun perlu kita sentiasa bersyukur dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan kepada kita dari kita buka mata hinggalah mata ini pejam kembali..pejam kerana waktu malam ataupun pejam buat selama-lamanya...
Setiap hari apabila Alkisahnya membelek surat khabar mahupun apa sahaja segala kecanggihan yang telah kita miliki sekarang taip aje dihujung jari taip aje apa tajuknya semua akan keluar...dari kebaikan hinggalah keburukkan...kita sahaja yang tahu....gerak hati...
Tiba-tiba hati Alkisahnya ini sentiasa terdetik dan mensyukuri AlhamdulillahSyukurPadaMu kerana memberikan nikmat yang tidak terhingga tidak ternilai harganya iaitu kehidupan dan nikmat kesihatan tubuh badan adalah segala-galanya...Alhamdullillah...
Apabila Alkisahnya terbaca cerita yang begitu menyayat hati tersentuh naluri sebagai seorang wanita....Ramai lagi sahabat kita diluar sana yang berhadapan dengan ujian dan redha dengan ketetapanNya...Ya Allah bersabarlah sesungguhnya dugaan itu menguatkan imanmu....Ada yang diuji dengan nikmat kesihatan...kisah ini Alkisahnya terbaca di MukaBuku (FaceBook) tentang kisah kanak berumur 4 bulan telah disahkan menghidap sakit mata yang akan membonjol dan dikatakan ada masalah dengan peranakkannya...Ya Allah tabahkanlah hati kedua orang tuanya...Alkisahnya masa membaca kisah itu hanya mampu mendoakan semoga ada insan yang mempunyai nikmat yang lebih beringatlah agar sama-sama kita membantu samada dari segi kewangan ataupun doa yang ikhlas agar mereka menempuhnya dengan tabah...
Ya Allah tabahkanlah hati ini ...Semoga kami akan sentiasa mensyukuri Nikmat yang sentiasa diberikanMu buat selamanya selagi hayat dikandung badan...Amin..
Alkisahnya ....AlhamdulillahSyukurPadaMu....

Thursday 21 February 2013

JujurAkuDayus

Asslamualaikum.....
Salam hormat dan Salam Sejahtera.
Jujur Aku Dayus... Alkisahnya ingin berkongsi sedikit cerita yang telah ditonton bersama-sama kawan melalui YouTube ketika diwaktu rehat...seperti biasa Alkisahnya akan mendownload dulu lepas tu bila dah ready jom kita tengok ramai-ramai...
Dilakonkan oleh pelakon yang hebat iaitu Beto Khusairy dan juga yang comel Nora Danish memegang watak utama dalam cerita JujurAkuDayus...
Mengisahkan sepasang kekasih Edree dan Lis ingin berkahwin tapi telah mendapat tentangan yang hebat dari Ayah Lis seorang usahawan yang berjaya dan digeruni kerana ketegasan Beliau dari segi menguruskan perniagaan dan juga kehidupan anak bongsunya...
Pada mulanya Dato' telah menolak lamaran Edree kerana tidak mempercayai dapat menjaga anaknya memandangkan anaknya merupakan seorang yang agak sosial.  Alasan yang diberikan Dato' adalah :
Satu "Kau tak layak pegang jawatan ini dan bekerja di Syarikat aku"
Dua "Kau tak layak untuk anak aku" dan
Tiga "Kita tak akan berjumpa lagi... Namun Edree tidak berputus asa disitu dan bermulalah episod dimana Edree cuba untuk memenangi hati Dato' untuk memiliki cinta sejatinya...
Sebelum Edree meninggalkan Dato' Edree telah berkata sesuatu (bayangkan muka Beto yang nak kata sengal pun tak nak kata serius pun tak tapi agak Cute jugaklah...) katanya :
Satu "Memang aku tak nak bekerja satu ofis dengan isteri aku"... Terpinga-pinga Dato' mendengar jawapan dari Edree...
Tak habis di situ lagi Edree mengajak Lis untuk Lunch bersama-sama sambil tu membuat panggilan kepada Dato' agar dapat mendengar perbualannya bersama Lis.  Dan Edree membalas jawapan untuk kali kedua :
Dua "Saya memang layak untuk dia".....
Setelah Dato' selesai menunaikan solat di sebuah masjid ketika ingin bersalaman bersama jemaah tiba-tiba
Tiga "kita berjumpa lagi Dato'.....
Dan dari situlah terbuka hati seorang ayah apabila melihat kesungguhhan Edree untuk menjadikan anaknya sebagi suri hatinya....
Cerita ini memang agak menarik sekali sebab pada permulaannya jalan cerita agak kelakar kerana kespontanan Beto membawa wataknya menjadikan kita ingin melihat sehingga ke hujung cerita apa kesudahannya JujurAkuDayus....
Alkisahnya...sekiranya ada masa bolehlah jari-jari yang cantik tu menaipkan tajuk di YouTube cerita ini JujurAkuDayus...
Alkisahnya JujurAkuDayus....

Thursday 14 February 2013

12MakananRangsanganOtak

Assalamualaikum......
Salam Hormat dan Salam Sejahtera buat semua...
Apa Khabar? Alkisahnya  just nak tanya Cuba tengok apa yang ada di dapur dan peti ais kat rumah mesti kita tidak sedar sebenarnya  ada banyak makanan berkhasiat yang baik untuk kita seisi keluarga.....hemmm...Masalah lemah daya Ingatan atau mudah lupa sering dikaitkan dengan mereka sudah berusia lanjut.  Namun, faktor sibuk dan tidak jaga pola pemakanan turut menyebabkan golongan muda tidak terlepas dari masalah tersebut....Oleh itu, Kajian menunjukkan, menerusi pengambilan makanan, secara tidak langsung dapat menyalurkan nutrisi tambahan bagi menguatkan daya ingatan. 
Jadinya, seperti kebiasaan Alkisahnya nak berkongsi apa yang Alkisahnya dapat dari info BeritaHarian mengenai 12MakananRangsanganOtak yang sememangnya baik untuk anak-anak dan tentunya untuk kita semua....

Kismis : Mengandungi zat besi membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi disalurkan    ke otak.  Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap atau mengalami kelemahan dalam berfikir.  Kismis bukan saja boleh dimakan begitu saja, tapi dimasukkan dalam masakan.

Halia : Penggunaan halia dalam masakan atau dimakan mentah amat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa.  Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal.

Coklat : makanan kegemaran semua orang...kelebihannya kandungan antioksida di dalam coklat merangsang aliran darah ke otak.  Secara tidak langsung otak akan lebih berfungsi menerima data.  Coklat juga kaya dengan kandungan kafein memberikan ketajaman minda.  Cuba amalkan sekurang-kurangnya satu pertiga auns sehari dan lihat hasilnya.

Madu : Dimana ada bunga disitulah ada madunya.... Ok, madu adalah makanan sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik seta enzim bagi meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental.  Manisan Madu yang digelar "Raja Ubat" ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam atau boleh dimasukkan ke dalam minuman.  Nutrisi semulajadi itu juga mengandungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum dan belerang untuk kesihatan mental.  Malah, berkesan merawat penyakit mental dan menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca seta merancang.....

Beri :  Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.  Ini kerana semua jenis beri seperti beri hitam, beri biru, strawberi, rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan nutrisi berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.

Salmon :  Ikan salmon berlemak dikatakan makanan berkhasiat untuk otak kerana kekayaan lemak omega-3 DHA dan EPA.  Semua itu penting bagi merangsang pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.

Kacang Merah : Kandungan Vitamin B1 dalam kacang merah dikatakan amat diperlukan otak terutama untuk proses sintesi asetilkolina dimana proses ini mempengaruhi ingatan dan kekurangannya. 

Daging Burung Merpati :  "Jinak-jinak burung merpati bila dipegang terus lari" .....Jangan tak tahu daging ini banyak digunakan oleh pengamal bijak Islam dan Melayu dulu kala.  Kekayaan kandungan protein, lemak, kalsium dan kalori amat ifektif meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

Telur : Pakar kesihatan mengakui telur makanan bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum magnesium, sulfur, natrium, zat besi, air serta bahan aktif tambahan.  Bahagian kuning telur pula padat dengan kandungan yang bagus untuk perkembangan memori dan daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal serta minda.

Bayam :  Pengambilan bayam tiga kali sehari mampu mengembalikan dan menajamkan daya ingatan.  Ini kerana daunya yang hijau gelap tinggi dengan kandungan mineral dan vitamin seperti vitamin E dan K... jadi tidak hairanlah wujudnya "Popeye".....

Akhir sekali...Susu dan Yogurt :  susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat bertukar sebagai sumber tenaga bagi keperluan otak.  Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak dan enzim kerana makanan dari produk susu mengandungi protein dan Vitamin B tinggi.  Selain itu ia juga dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semual jadi iaitu keju, lemak dan air yang bagus untuk merangsang pertumbuhan badan serta otak.  Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia turut berkhasiat untuk merawat kesihatan umum....

Alkisahnya , begitu panjang sungguh info yang dapat kongsikan untuk hari ini... Tapi tak sangka pulak daging burung merpati banyak khasiatnya untuk minda kita...lepas ni habislah "Merpati kita jinak-jinakkannya"...Alkisahnya 12MakananRangsanganOtak....







Wednesday 13 February 2013

Pemurah Nabi SAW Tiada Tolok Bandingan

Assalamualaikum ...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera buat semua Muslimin dan Muslimat sekalian....
"Jika Anda Fakir dan Miskin, Maka Bagindalah Teladan dan Contoh bagi Anda,
"Jika Anda Kaya, Maka Bagindalah Imam Anda,
"jika Anda Berangkat untuk Berperang, Maka Baginda SAW juga turut serta berperang".....

Hari ini Alkisahnya ingin berkongsi Ilmu yang tidak seberapa diperolehi ketika membaca Suratkhabar seperti sediakala... Sifat Pemurah Baginda SAW antaranya :
- Baginda SAW pernah membahagikan selembah kambing kepada seorang Badwi yang baru memeluk agama Islam, lantas apabila ia pulang, ia berkata : Wahai kaum, masuklah kamu kepada Islam kerana Muhammad apabila memberi tidak takutkan kefakiran.
- Baginda SAW sanggup berhutang bagi pihak orang lain kerana membantu Umatnya.  Hal ini telah tercatat dalam Sirah Baginda SAW.
- Baginda SAW menggalakkan isterinya supaya bersedekah dan berinfak apabila datangnya tetamu atau peminta sedekah.
- Rasulullah SAW mengajak para sahabatnya untuk sama-sama berinfak fi sabilillah sebagaimana yang berlaku di dalam Peperangan Tabuk.
-  Seorang lelaki pernah datang menghadap Rasulullah SAW dan tertarik kepada baju Baginda, lantas berkata : Sudikah hai Rasulullah kamu hadiahkan pakaian ini kepadaku?  Kemudian Baginda masuk ke rumahnya dan menanggalkan baju tersebut seterunya menghadiahkan kepada orang yang meminta itu.
- Seorang Ansar berkata : Sungguh luar biasa dermawan yang ada pada dirimu hai Rasulullah.

Sesungguhnya sifat pemurah Rasulullah SAW lebih ketara pada Bulan Ramadan......

; Petikan ini dibaca dan diambil dari @MegaAgama, HarianMetro

ManaHilangnyaKasih....

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera....
Seperti kebiasaan Alkisahnya (merujuk kepada penulis) akan membaca dan membelek surat khabar di perpustakaan...
Mana Hilangnya Kasih apabila si anak diperlakukan sebegitu rupa.. Terdetik di hati Alkisahnya apabila terbaca keratan akhbar tersebut minggu lepas..sedih dan rasanya tidak patut anak diperlakukan sedemikian.  Apabila difikirkan dimana letaknya kasih sayang ibu terhadap anak yang dikandungkan.. Didera sedemikian rupa sehingga kematian menjemput kanak-kanak yang baru ingin benar mengenal dunia.. dan lebih tragis lagi diperlakukan sedemikian oleh ibubapa kandung kanak-kanak tersebut...
Ada juga fakta dari Hospital Kerajaan oleh Pakar Nutrisi yang telah meneliti rekod kesihatan kanak-kanak tersebut menunjukkan berat badan ketika meninggal dunia hanya lah 8 kilogram sahaja sedangkan berat badan ideal kanak-kanak seusia tiga tahun tidak kurang dari 15 kilogram...bukanlah berat badan yang menjadi tanda tanya tapi setelah diteliti rekod kesihatan kanak-kanak tersebut setahun yang lalu beratnya dalam 11 kilogram tapi telah susut begitu banyak sekali dan berkemungkinan mangsa telah didera oleh keluarganya.
Alkisahnya pelik kerana Kemana Perginya Kasih Sayang .... Masih ramai juga pasangan yang mengimpikan zuriat masing-masing tapi kita yang menerima zuriat kurniaan dari Allah SWT masih tidak boleh memikirkan kelebihan yang kita miliki iaitu Zuriat dari Darah Daging sendiri...Subhanaallah...
Itulah bila Emosi menguasai Akal fikiran bukannya Akal yang menguasai Emosi... Manusia boleh bertindak lebih kejam dari Haiwan Pemangsa yang sedang Menjamah Pemangsanya ....
Semoga kita menjadikan ianya sebagai iktibar kerana setiap anak yang dilahirkan adalah tanggungjawab kita sehingga ke akhir hayat yang ada..sesungguhnya kita haruslah bersyukur dan bersabarlah dengan setiap keletah anak-anak bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" Bukan melentur sehingga tangan yang mengusap perut ketika anak dalam kandungan tergamak Membunuh nya....
Alkisahnya berharap marilah kita sama-sama menghargaiNya ....ManaHilangnyaKasih...

Friday 8 February 2013

KasihIbuMembawaKeSyurga.....Al-Fatihah

Assalamualaikum...
Salam hormat buat hari Jumaat dan Salam Sejahtera buat semua...
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat adik Ahmad Adam Syukri Suherma yang berumur 10 bulan semalam (7 Februari 2013) di Wad Kanak-kanak Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Seperti yang telah kita semua sedia maklum Adik Adam telah menghidap kerosakan saraf otak ketika dia dilahirkan lagi sehingga lah semalam menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat paru-paru dijangkiti kuman.....
Walaubagaimanapun Takziah kepada kedua ibubapa dan seluruh keluarga Adik Adam...Al-Fatihah

Wednesday 6 February 2013

Kuasa&Emosi

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera dan Salam Hormat...
Alkisahnya bukanlah nak mengungkit atau mengenang kisah-kisah lama (walaupun sebenarnya baru terjadi awal tahun ni jugak) tentang Kuasa dan Emosi seseorang mengatasi segala-galanya.... Sebab perkara beginilah telah sedikit sebanyak menggangu emosi Alkisahnya untuk tahun ini.  Mungkin juga sebagai iktibar dan pengajaran pada masa akan datang. Bukan untuk menunding jari bab kata pepatah satu jari kita menunding pada kesalahan orang lain empat jari lagi menunding pada kita balik... Betul tak cuba test and try...
Alkisahnya faham manusia akan sentiasa melakukan kesilapan samada kecil ke besar ke secara sengaja atau tidak tapi manusia kan seringkali alpa dan lalai...Tapi apabila kuasa menguasai emosi segala yang rasional tidak lagi difikirkan rasional malahan emosi tersebut dirasakan satu perkara yang penting apabila membuat sesuatu keputusan dan apabila keputusan telah dibuat tidak pulak difikirkan kesan kepada orang tersebut....
Perkara begini Alkisahnya turut merasai juga...selalunya Alkisahnya akan menasihati dan memberi kata-kata semangat pada orang lain apabila dilanda masalah Kuasa menguasai Emosi ni...tapi tup-tup nak meletup rasanya dada ni bila kita pula yang terkena...ibaratnya seperti sedang berangan tetiba ada orang baling bantal busuk kat kita... tersentak lah juga Alkisahnya dibuatnya...
Nak tahu apa Alkisahnya buat,,,of course lah orang perempuan ni kan sensitif jadinya air mata lah keluar laju ke pipi...ditemani oleh tisu kotak di atas meja...dan ada pulak yang baik hati menenagkan jiwa ni siap bagi air kelapa..hemmmm....best jugak sesekali jadi macam ni.....
Bukanlah Alkisahnya nak kan ganjaran setiap apa yang dilakukan sebab rasanya apabila kita telah dipertanggungjawabkan sesuatu tugasan tu hendaklah kita selesaikan..TAPI bila apa yang kita buat tidak dihargai dan dicari salah ibarat nila setitik habislah susu sebelanga...Alkisahnya rasa boleh je minum lagi susu tu bukannya racun yang jatuh kan...so sepatutnya orang yang diberi kuasa untuk menilai seseorang tu kenalah pakai prinsip "kalau nila setitik tak rosak susu sebelanga tapi kalau racun yang dititikan memang tak patutlah minum....
Oklah Alkisahnya pun bukanlah kisah atau berkira sangat tapi hargai lah pengorbanan seseorang tu tidaklah dikirakan pangkat dan darjatnya kerana hormat menghormati dan menghargai itu penting dalam kehidupan kita sehari-harian...
Begitulah Alkisahnya Kuasa&Emosi........

Tuesday 5 February 2013

KasihAyahTiadaBandingan

Assalamualaikum...
Salam hormat dan salam sejahtera buat semua..
Pagi tadi Alkisahnya (merujuk kepada kata ganti diri penulis) membelek-belek suratkhabar seperti kebiasaannya untuk mencari maklumat apa-apa yang berkaitan... Belek punya belek terpegang dan terbaca satu artikel berkaitan pengorbanan dan kesusahan masyarakat di luar sana... Kita berada di Malaysia ini kiranya beruntung sangat sebab hidup penuh dengan keamanan dan kesenangan...Aminnnn....
Tapi disini Alkisahnya nak berkongsi cerita tentang ketabahan dan kasih sayang seorang Ayah menjaga zuriat yang diimpikan bersama isteri tercinta yang telah dibina selama 15 tahun untuk memperolehi cahaya mata tersebut.. Namun mungkin cinta tersebut diuji lagi dengan kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan cahaya mata mereka...
Kisah sedih ini telah dilalui oleh Bablu Jatav dimana beliau enggan berkahwin lain setelah kehilangan isterinya. "Shanti (isteri) meninggal ketika bersalin di Hospital dan disebabkan saya tiada saudara mara , jadi saya menjaganya ketika bekerja". Luahan hati Bablu Jatav....
Begitulah ibaratnya kasih ibu dibawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa.... Kisah menyayat hati ini berlaku di sebuah negara India dimana seusia sebulan anak dibawa sentiasa semasa ayahnya bekerja mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan samada dari segi tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya...Dengan menggendong bayinya... apabila Alkisahnya melihat gambar tersebut tersentuh rasanya...syahdu pun ada...kesian dan bermacam lagi yang tidak dapat digambarkan... Betapa bertuahnya kita yang berada di Malaysia berganda-ganda kesyukuran yang seperti kita nikmati sekarang...Alhamdulillah...
Walaubagaimanapun manusia sekarang masih lagi mempunyai sikap keperihatinan yang tinggi dan beliau telah mendapat perhatian dan Pihak Berkuasa Tinggi India dan orang ramai setelah terbaca kisah ini...
So, Alkisahnya rasa kita sewajarnya menjadikan ianya sebagai satu iktibar supaya Tidak Mensia-Siakan peluang yang kita miliki sekarang ...
Sesungguhnya belajar mensyukuri dan belajar menghargai sesuatu itu penting dalam kehidupan kita sehari-harian...Tetiba pulak Alkisahnya ini menitiskan air mata...tapi cepat-cepat menyekanya takut-takut orang kat Library perasan lakh apa kena lah dengan minah ni...huhuhuhu...
Alkisahnya begitulah Kasih Ayah Tiada Bandingannya.....

Friday 1 February 2013

BudiBahasaBudayaKita.......

Assalamualaikum.....
Memandangkan today is friday (Cewah speaking pulak B4 ni) aku just nak share skit tentang Budi Bahasa Budaya Kita yang sekarang ni tengah hangat dipertontonkan dalam tv ke, surat khabar ke, rasanya Dato' Siti pun ada menyanyikan lagu ni untuk menyedarkan rakyat kita tentang Budi Bahasa ni jadikan sebagai amalan hidup kita seharian.
Seperti yang kita semua sedia maklum, orang sekarang semuanya terdiri daripada orang yang cerdik pandai kan... Tak kisahlah samada xde ijazah ke, ada ke, bekerja ke idak ke tapi semua orang menerima pendedahan baru setiap hari samada melalui pembacaan atau apa-apa ajelah...
Tapi yang kesalnya ada juga manusia yang berkerja, berpendidikan tak tahu macam mana cara nak memanipulasikan Budi Bahasa tu....
Alkisahnya bermulalah sebuah kisah zaman sekarang punya trend kira hebat lah sebab kita ni mudah percayakan orang yang tidak kita kenali untuk secara tidak langsung membantu dalam urusan seharian kita termasuklah hamba Allah ni mengirimkan anaknya setiap hari jumaat untuk dihantar ke sekolah (Transit) waktu petang tanpa perlu berhubung sendiri dengan orang yang dipertanggunjawabkan dari segi keselamatan terutamanya lah ... if anything happen tak taulah Alkisahnya nak jawab apakan... Sekarang bukan nak diungkit sebab bayaran or apa2 cuma dimana Budi Bahasa Budaya Kita tu sudah dicampakkan oleh Hamba Allah tu.... Perantaraan nya cumalah cikgu yang akan sentiasa meninggalkan pesan supaya anak Hamba Allah tu dibawa sekali bersama-sama dengan anak Alkisahnya ni... sebenarnya Alkisahnya tak tahu nama Hamba Allah tu sebab untuk pengetahuan Alkisahnya tak pernahpun mendengar suaranya yang merdu itu apatah lagi bayang-bayang yang lembut itu....
So, pengajarannya kita kalau nak minta tolong dengan orang terutamanya berkaitan anak-anak ni biarlah dengan saduran yang betul...Alkisahnya faham mungkin Hamba Allah tu sibuk atau apa2 sekalipun tapi rasanya setakat MENELEFON tak rugi kot sebab dari situ Alkisahnya dah faham kita ni semuanya berkerjaya Dunia dan Akhirat tapi bab Berbudi Bahasa ni kenalah di praktikkan....
Begitulah Alkisahnya punya luahan topik kita pada hari ini.... Nak ditinggalkan anak Hamba Allah tu Alkisahnya tidaklah sekejam itu tapi kita tak tahu pulak perasaan Hamba Allah tu sekiranya Alkisahnya ingin menumpangkan sekiranya ada Urgent/Emergency...
Ya Allah diharap Kau tetapkan lah IMAN Alkisahnya ini pada setiap hari Jumaat yang mulia semoga apa yang dilakukan ini mendapat KeredhaanMu... Amin
Sampai disini dulu.... Alkisahnya...
 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template