Tuesday 18 February 2014

TerimaKasih&Alhamdulillah

AsSalam...

Setelah hampir seminggu lebih masa untuk berjumpa kembali dengan Dr. bagi melihat perkembangan AbgWafiy...bukan main seronok lagi dua beradik ni nak jumpa doktor dari dalam kereta lagi konon-konon nak tanya banyak soalan macam-macam idea tapi bila tiba turn masuk ke bilik Dr. pakat dok senyap dua beradik ni...yang paling dorang excited sekali masa nak tengok dalam tekak AbgWafiy guna camera...

So, Dr. suluh gambar dalam tekak dan dibawah lidah AbgWafiy memang nampaklah ulsernya kesan dari operate tempoh hari...patutlah AbgWafiy paling ketara menangis nya bila bangun dari tidur sebab Dr. pun ada bagitau yang memang bila bangun dari tidur patient akan mengalami kesakitan di bahagian tekak kerana kekeringan...Aduh..ditambah pula dengan cuaca sekarang panas sentiasa. Tapi cuma satu yang menjadi kemusykilan aku kerana suara merdu AbgWafiy sebelum ni dah hilang ditambah pula dengan suara yang semakin lembut sekarang...bila AbgWafiy bercakap mesti kami nak tergelak tapi tak adalah tunjuk depan dia..so Dr. cakap situasi suara ni mungkin akan berlanjutan sehingga sebulan disebabkan tiada halangan lagi berbanding sebelum ni...

Ok, lega rasanya hati ni...so next appointment 3 bulan dari sekarang...cuma yang merisaukan Bonda adalah minggu2 sehingga ulser didalam tekak AbgWafiy ni nak sembuh..masa ni lah ada org cakap boleh berdarah kembali sekiranya patient batuk atau terlalu aktive sehingga menyebabkan kan tekak luka kembali...AbgWafiy pun dah dihantar sekolah seperti biasa sebab dah terlalu lama sangat bercuti. Bonda harap AbgWafiy cepat sembuh...

So, dua beradik ni bila jumpa doktor terpanalah pulak...si Adik tersipu-sipu malu bila Dr. suka sangat menyakat dia...dan alasan Adik tak pergi kesekolah hari ni pun sebab katanya "Adik batuk rasanya tak boleh pergi sekolah kena tidur kat hospital ni mcm Abg"...heee jgn nak perasanlah Adik setakat batuk ajer sape suruh makan aiskrim banyak2 mengalahkan AbgWafiy yang sakit...

Oklah apapun Terima Kasih Dr. Sahrir dan Kakitangan KPJ Kajang yang banyak membantuk kami semasa berada di hospital, Terima Kasih juga sebab PruBSN membantu kami membayarkan bil2...cuma kena spare jugaklah dalam rm600 10% downpayment sebab total lebih rm6k...tapi yang penting rm600 dapat balik sebab duit warded cover semalaman rm300. Dan terima kasih juga kepada mereka yang sudi menjengah masa AbgWafiy di dalam wad tempoh hari...Terima kasih kepada yang sudi mendoakan supaya AbgWafiy cepat sembuh...Terima kasih Ya Allah berikan kekuatan kepada anakku Muhammad Faiz Wafiy kerana tak banyak kerenahnya dan walaupun sakit tapi masih boleh bersabar...Terima Kasih dan Alhamdulillah... Alkisahnya TerimaKasih&Alhamdulillah
*Terima Kasih Doktor*

2 comments:

Hanis Azla said...

As-salam bonda..

Alhamdulillah.. dah selamat semuanya.. syukur.. semoga abang wafiy akan lebih sihat slps ini, insyaAllah..

BatuBelahBatuBertangkup said...

Insyaallah dah mula menunjuk kan ke arah positif boleh menerima makanan seperti biasa...tq Auntie Hanis Azla..

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template