Thursday 27 February 2014

OkDahBesar...

Assalamualaikum... 2 hari ni Alkisahnya memang rasa macam tak percaya jer...mungkin bagi orang lain cerita tentang pembesaran anak ni memang perkara biasa sahaja tapi aku nak share pengalaman apabila anak ni meningkat umurnya...Alhamdulillah selama ni aku memang pesan pada anak2 terutamanya si Abang supaya kalau boleh malam tak perlulah dipakaikan pampers ketika tidur memandangkan umurnya pun telah menjangkau 6 tahun...bagi aku budak lelaki ni memang malas skit dan sayang masa tidur mereka sebab tu kot malas nak bangun dari tidur...dari memberhentikan tabiat minum susu bangun kul 3 pagi buat susu memang lah memerlukan pengorbanan terutamanya En. Kekanda rajin melayan anak2 bila terjaga malam meminta susu pasti dia akan buatkan tapi kalau dengan Bonda mintak maaflah tak dilayannya...ok itu kisah dulu kisah waktu anak2 tengah rancak minum susu, tapi sekarang dah tak mintak susu waktu malam sebab dapat idea dengan En. Kekanda bagi makan kenyang2 dan sebelum tidur malam bagi dorang susu...Alhamdulillah memang dah berhenti minum susu waktu time tidur nyenyak.... Tapi dalam 2 hari ni jugaklah Abg Wafiy menunjukkan sikap keperihatinan nya untuk bangun dari tidur pergi ke bilik air sendiri dan buang air sendiri...malam pertama sahaja dia gerakkan aku untuk temankan ke bilik air tapi malam kedua dah tak dikejutnya diri sendiri pergi....aku tak tahulah kalau org lain dah mengajar anak2 dari awal lagi cuma aku guna kan pendekatan tidak memaksa dan sentiasa menggalakkan anak2 supaya buat sesuatu, tapi sekiranya masih jugak tidak berhasil kita kena sentiasa gunakan pendekatan galakkan pada mereka...macam kitalah masa kecil2 dulu kalau dipaksa memang kita akan buat kan cuma hentakkan kaki tu kalau lantai boleh pecah dah lama berlubang-lubang lantai rumah tu...heheheh...so aku cuba praktikkan pada anak2 tiada paksaan tapi galakkan yang penting... So, nampak nya boleh lah spend kan duit untuk pampers Si Abg Wafiy pada perkara lain pulak...nanti Bonda fikirkan dan kena ada mesyuarat bersama En. Kekanda...tapi selalunya En. Kekanda ni setuju jer selagi tidak ada unsur2 keborosan....biasalah aku bila tak dipantau ada jer nanti benda yang tak sepatutnya dah dibelikan....hahahaha...ok Dan Abg Wafiy pun aku tengok dah ada semangat bila bab nak mula menarik minatnya....main tetap maintain aku tak kisah tapi setiap kali ada ajer benda atau perkara yang berupa perkataan mesti dia akan cuba membacanya...dan lagi satu aku tak suka sangat nak memaksa anak2 dalam pelajaran mereka bukan tak penting tapi sebagai Bonda aku tahu apa yang terbaik buat anak2 sebab mereka adalah insan yang memang bersama dengan ku semenjak dari dalam rahim ku lagi, so aku tahu apa yang terbaik buat mereka...dan lagi satu galakkan penting bagi Abg Wafiy n Adik....Abg Wafiy tahun ni dah nak masuk 6 tahun esok tapi walaupun 29 Februari tak muncul tahun ni Bonda tetap raikan jugak yelah kena tunggu 4 tahun sekali baru menjelma so jadinya tahun ni macam biasa Bonda Sambut 28 hb jelah ye Abg.... Ok, apapun syukur dengan nikmat yang Kau berikan kepada kami Ya Allah...tiada apa yang teristimewa bagi setiap ibubapa hanyalah anak2 mereka yang paling terindah dan tidak ternilai harganya hadiah di dunia ini....apapun terima kasih kerana dikurniakan anak2 yang *baik sangat2, comei, hahahaha faham2 jelah kalau budak2 kan...terimalah mereka dan hargailah anak2 kita...tak pun nak lagi syahdu masa dorang tidur cuba letakkan telinga kita di dada mereka...jangan pandang waktu dorang tidur jer...kalau buat macam tu confirm meleleh air mata ni sebab kita akan terdengar dengupan jantung mereka sewaktu tidur...memang aku tak dapat nak gambarkan perasaan nya...tapi apapun cubalah...terima kasih Ya Allah dan Alkisahnya OkDahBesar.....

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template