Thursday 13 February 2014

AbgWafiy&PembedahanTonsil&Dr.Sahrir&KPJkajang


Abg Faiz Wafiy sebelum pembedahan tonsil...masa ni dah tukar baju dan bersedia nak masuk ke operate theatre..



Abg Faiz Wafiy selepas pembedahan tonsil.  Senyap je cuma sesekali berkata "Bonda tekak Abg sakit"......




Assalam...
Tarikh 7 Februari 2014 (jumaat) malam Abg Faiz Wafiy addmit ward di Hotpital KPJ Kajang untuk tujuan pembedahan tonsil tersebut.  Doktor yang buat adalah merupakan doktor pakar iaitu Dr. Sahrir Sanusi.  Selepas 3 minggu appointment dibuat akhirnya Dr. mengesyorkan Abg Wafiy addmit ward dan seterusnya menjalani pembedahan tersebut.  Makanya selepas semalaman pada 8 Februari 2014 (Sabtu) jam 8.30 pagi Abg Wafiy bersedia dengan menukar pakaian yang telah disediakan bagi pembedahan tersebut.  Masa tu aku tengok muka Abg Wafiy cuak jer tapi sempat lagi aku pesan pada dia.."Abg baca bismillah banyak2 ye insyaallah Abg tak sakit"..aku tak pasti samada dia ingat atau tak faham dengan pesan aku tapi dia mengangguk aje setiap kali pesanan itu aku ulang2 sehinggalah ditolak ke bilik pembedahan.  Sebelum tu Abg Wafiy ada jugak bertanya "kenapa Abg kena masuk wad? Kenapa abang nak kena bedah?" tapi jawapan aku yang tak nak mengconfiuskan dia "Doktor nak laser kuman jahat kat dalam tekak Abg sebab selama ni kuman tu yang buat Abg sakit dan demam" "nanti lepas ni bila kuman tu dah kena buang tak ada lah lagi Abg demam lagi"...Abg cuma angguk aje...dia faham lah tu...
 Ada jugak dia merungut katanya tak selesa pakai baju tu...tapi aku pujuk jugak yelah dia kata baju tu seksi nampak belakang Abg nanti orang tengok macam mana..."ok Abg semua orang yang nak jumpa doktor kena pakai baju macam ni, takpe2 Bonda cover belakang Abg"

First time jugaklah aku masuk kat bilik bedah ni...Kat Hospital Swasta ni kita boleh temankan anak sehingga dia diberikan ubat bius (tak sedar) dan masa itulah nurse akan minta kita keluar cepat2 sebab doktor nak buat apa yang patut....masa Dr. pakar bius mencucuk untuk dimasukkan jarum Abg Wafiy gengam tangan Bonda kuat2...air mata menitik laju tapi suara tak keluar..masa tu aku faham mesti dia rasa confius dan takut...tapi aku peluk dia kuat2...tangan aku ni tak pernah aku rasa kudrat budak pegang begitu kuat mungkin menahan kesakitan...tapi Alhamdulillah Abg Wafiy tetap cool dan Dr. serta pembantu tak perlu nak pegang ramai2. Lagipun Abg Wafiy dah terbiasa sebab sebelum refer ke pakar ni memang setiap bulan wajib baginya ke Hospital Kajang dek diserang seakan-akan asthma akibat pembengkakkan tonsil.  Jadi baginya memang dah rutin setiap bulan kira oklah tak perlu diikat dengan kain kan....

Sebelum prosedur seterusnya iaitu ke bilik bedah aku masih pegang tangan dia...Abg Wafiy aku tengok masih cool lagi...bila dia diangkat ke atas katil utk pembedahan laju aje tangan nurse dan pembantu Dr. memasang segala-galanya ke dada, tangan...masa tu Aku sebenarnya dah panik dan cuak terdetik jugak dalam hati ni nak kata Dr. tak jadilah nak buat pembedahan tapi aku cuma berdoa yang terbaik untuk anak ku dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.  Dan sebelum Abg Wafiy ditidurkan Dr. pakar bius minta Abg Wafiy tiup belon (ubat bius)...dan masa alat tu betul2 dah diletakkan di sekitar mulut dan hidungnya Abg Wafiy seakan2 panik macam kesakitan dan tak sampai 5 saat Abg Wafiy dah terlelap dan masa inilah part yang paling sayu dalam hati aku sebab sekujur tubuh anak kecil baring di atas katil pembedahan dengan wayar yang berselirat aku pandang wajah Dr. pakar bius, pembantu2nya dan aku juga diminta untuk mencium pipi Abg Wafiy sebelum aku diarahkan keluar bermakna proses pembedahan akan dijalankan secepat yang mungkin.  Masa aku diiringi oleh seorang nurse keluar aku sempat berpesan pada Dr. Sahrir supaya "Doktor buat yang terbaik ye..." sambil tumb aku menunjukkan isyarat bagus....Nak tahu satu rahsia sebenarnya masa tu aku hampir2 nak menangis sebab sedih pulak sayu pulak hati ni rasa bersalah sebab tak jaga Abg Wafiy elok2 sampai kena operate....Maafkan Bonda ye...

Setelah setengah jam berlalu nama ku dipanggil sebab Abg Wafiy dah sedar dan memanggil2 nama Bonda....Bila sampai aku tengok air mata Abg Wafiy laju turun tapi nasib baik dia tak melalak cuma dia ada sebut "Bonda tekak Abg sakit...Abg nak air"...perlahan aje suaranya mungkin tidak selesa dengan keadaan tekak selepas dibedah..aku rasa mesti sakit aku terus peluk dia tak nak bagi dia rasa tertekan sambil tu aku cuba pujuk dia..."Abg tahan ye jangan menagnis nanti darah keluar lagi sakit...Abg cuba telan air liur" masa tu aku tengok Abg Wafiy memang sentiasa dan cuba menelan air liur tapi air mata tetap keluar berketul2 menahan kesakitan dan ketidak selesaan....nurse titis kan air kedalam mulut Abg Wafiy dan masa tu aku baru teringat yang Abg Wafiy tak minum dan makan semenjak pukul 10 malam tadi aku dah puasakan dia sehinggalah sekarang jam 10 pagi masih tidak minum apa2...Dr. Sahrir sempat berpesan supaya diberikan air sedikit sedikit mengelakkan tekak dia sakit dan yang paling aku takutkan Abg Wafiy muntah2 seperti yang aku dengar dari cerita pengalaman orang lain selepas anak dibedah tonsil....Ya Allah kuatkanlah semangat dia...sembuhkanlah cepat....aku peluk Abg Wafiy aku cium dia berkali2...udah macam dalam drama pulak tapi nak buat macam mana tak nak bagi dia menagis lagi teruk dia....hemmm sempat lagi Dr. Pakar Bius datang mengusik Abg Wafiy...Abg Wafiy bila nampak Dr. Pakar Bius tu sempat tarik muka masam macam tak puas hati agaknya di fikiran dia doktor nilah yang buat aku sakit...aku cuma tersenyum jelah tengok gelagat doktor tu bila dia kata "eh dah boleh bercakaplah...hebatlah dia"....sambil tu tangan dia mengusik kaki Abg Wafiy..."ok ok doktor buat Wafiy sakit doktor tak nak usik Wafiy lagi"...macam2 hal doktor2 kat situ mungkin Abg Wafiy ni patient yang first dan tak banyak meragam sepanjang tempoh dorang menguruskan pembedahan...

Akhirnya Abg Wafiy ditolak ke wad setelah keadaan dia stabil...atas katil Abg Wafiy senyap dan sesekali berkata tentang kesakitan tekak dia....aku cuma boleh bagi dia air sekali sekali menunggu sehingga jam 12 tengahari baru Abg Wafiy dibenarkan untuk menjamah makanan itupun aiskrim...sesekali nurse datang bertanyakan ada tak Abg Wafiy muntah2...tapi Alhamdulillah Abg Wafiy tiada simptom-simptom yang menunjukkan dia akan muntah dan akhirnya buat pertama kalinya Abg Wafiy cuba untuk makan aiskrim dan aku tengok kesakitan tu tetap ada tapi banyaknye kelaparan rasanya anak aku ni...takpe Abg Wafiy makan nanti kita sulam dengan air...

Dan masa tu Adik datang melawat Abg Wafiy....perkara pertama aku tengok dua beradik ni adik seolah2 macam doktor kecil pulak bila dia tanya "Abg sakit ke?" sambil tu tangan dia mengusap belakang abangnya dan Abg Wafiy cuma menangguk tanda setuju dengan apa yang adik katakan...dalam hati aku korang ni masa ni baiklah tunggu keluar hospital ni mesti adik ajak abang main yelah Tok nya kata malam mengigau-ngigau sebut nama Abg Wafiy rindulah kononnya...tapi yang penting sebenarnya adik pun nak aiskrim macam Abg Wafiy makan saje je kami buat2 tak ingat nak belikan untuk dia tapi bila adik dah tahu untuk diapun Ayah ada belikan laju je makan...hemmmm...sape yang sakit ni lebih2 lah adik ni.... Hari Ahad 9 Februari 2014 dah boleh kuar wad dan seterusnya balik ke umah...hermmmmm selesa sikit berbanding duduk di wad ni yelah tak boleh nak baring lebih2 nanti kejap2 nurse datang tengok itulah inilah...nak buat macam mana dorang takut kalau Abg Wafiy tiba2 demam kan....sebelum pulang Dr. Sahrir ada datang melawat Abg Wafiy tapi hari ni dia off duty kot sebab segak jer pakai baju kemeja bukan lagi baju ketika didalam bilik operate room yang berwarna biru tu...dia pesan macam2 jaga makan, minum air banyak, ubat ambil ikut masa, rest dulu dah sihat baru pergi sekolah....ok doktor dan masa tu sempat Abg Wafiy cakap "Terima kasih Doktor"....Doktor tersenyum sambil pegang2 badan Abg Wafiy...hermmm doktor dah elok dah siap mintak nasi lemak lagi dengan ayam goreng....ok lah tu.... Alhamdulillah sehingga ke hari ini Abg Wafiy makin sembuh dan dah masuk hari yang ke 5 dah makin sihat dan sakitnya tak adalah teruk sangat mungkin bila dia kata kan tekak dia sakit sebab terlalu bermain sangat dengan adik lupa kesan operate tu bila dah penat baru teringat kot...Bonda tahu Abg Wafiy dah sihat cuma kena sentiasa makan ubat dan minum air yang banyak...apapun terima kasih kepada AyahSu dan MakSu kerana sudi menumpangkan Tok&Tokwan beserta Adik yang memang kuat makan sepanjang Bonda berada di Hospital menemankan Abg Wafiy....tak lupa jugak buat AyahNgah sekeluarga yang dari Tanjung Malim datang walaupun tak tahu jalan sampai jugak melawat Abg Wafiy di Wad..dan buat AyahLong Sekeluarga yang berhubung melalui telefon faham jauh di Sabah...Kawan2 yang bertanyakan khabar dan tidak lupa juga mereka yang mendoakan kesihatan Abg Wafiy...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...Alkisahnya AbgWafiy&PembedahanTonsil&Dr.Sahrir&KPJkajang...

4 comments:

Hanis Azla said...

As-salam bonda..

Alhamdulillah.. abang wafiy dah sihat dan segala urusan dipermudahkan.. syukur..

lala yusof said...

saya pn br lps jga anak sedara kat hosp bedah telinga...bl duk hospt mcm2 kes blh tgk

ricca said...

alhamdulillah, hrp abg wafiy cpt sembuh...blh g skolah cpt jumpe makwe..hehehe

Anonymous said...

nak tanye usia wafiy masa operation tonsil berapa tahun?...
sebab anak saya umur 3 tahun kene operation isnin ini 20/10/2011.

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template