Friday 15 March 2013

TraficLightVSJem

Assalamualaikum
Salam Hormat dan Salam Kasih Sayang ....Alkisahnya....
Seperti kebiasaan apabila tiba waktu hari bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat semua orang akan menghadapi masalah yang sama tidak kira menggunakan kenderaan bertayar 2,3,4,6,8 atau sebaliknya...
Alkisahnya juga tak terlepas dari masalah TraficLighVSJem ni...tiap hari waktu bekerja asal pagi aje jem, asal tengahari aje jem, asal nak balik aje jem...ada aje simpang jem..terutamanya simpang 4 depan susur nak masuk kat tempat kerja mesti jem...
Tapi semenjak En.TraficLight menghadapi masalah tidak menyalakan lagi lampunya yang bewarna Kuning,Merah dan Hijau tu secara automatik masalah jem ke tempat kerja terus lenyap...bayangkan tanpa En.Traficlight yang selama ini menyebabkan kesesakan lalulintas telah mengubah persepsi masyarakat yang terlalu bergantung kepada warna-warni En.TraficLight ini telah mengubah corak perjalanan dari sesak sekarang tidak lagiii.....
Kekadang Alkisahnya merasa kagum kerana masyarakat Malaysia ni berbudi bahasa dan bersabar rupanya kerana masing-masing tahu untuk susur masuk ke simpang masing-masing tanpa mementingkan diri sendiri...memang mengagumkan kerana sikap kita ini menggambarkan Masyarakat Malaysia tinggi nilai Disiplin diri, Berbudi Bahasa dan apa-apa ajelah yang positif...*ahakkk termasuklah Akisahnya*.....
Diharap sikap begini akan diteruskan selama-lamanya...terutama Masyarakat kita yang berbilang kaum, Agama dan Bangsa...ProudToBeMalaysian....Alkisahnya TraficLightVSJem....

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template