Tuesday 18 June 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Agak lama jugak Alkisahnya menyepi...
Agak lama jugaklah tak ada kisah yang nak dikongsi....
Agak lama jugaklah tak kisahkan duniawi...
dan setiap manusia pasti ada dugaan yang dilalui....

Alhamdulillah...itulah ungkapan yang boleh aku katakan...minggu lepas 12Jun hari Rabu sekitar jam 6.00 petang di rumah sedang ingin menyediakan menu untuk makan malam tiba-tiba Si Abang mengadu sesak nafas...Alkisahnya pada mulanya fikirkan Si Abang cuma selsema jadinya tak dapatlah dia bernafas dengan baik dan minta supaya berehat di sofa....tangan ni laju jer memasak tapi mata ni sekejap-sekejap tengok ke arah abang...yelah risaukan dia...

Tak lama lepas tu Si Abang mengadu nak muntah sebab pening..akupun temankan dia ke bilik air ...banyak jugaklah yang dikeluarkan balik semula apa yang dimakannya sepanjang tempoh berada dengan Opahnya...diurutkan belakang nya...kesian aku tengok sebab abang ni tak macam adik badannya mantop....
Tapi tak lama lepas tu Si Abang berulang kali ke bilik air nak muntah lagi katanya...aku tengok muka dia dah berubah warna....makin sesak nafas berombak-ombak dada dan perutnya...
Tepat jam 7malam En.Kekanda pun tiba dirumah jadinya terus dicapaikan beg bawa pergi ke klinik yang berdekatan...Mediviron di Presint 15 diplomatik Putrajaya....Yang DIKESALKAN kami sampai dalam kul 7.20mlm tapi mendapat rawatan dalam kul 8mlm selepas cerita drama kat TV3 tu habis....tapi kami masih bersabar jugak menunggu sebab itu sahaja klinik yang terdekat dengan rumah memandangkan abang masih muntah2....

Bila doktor panggil kami pun masuk ke bilik...suhu badan di ambil..tidak demam...kemudian doktor kata cuma selsema yang teruk dan tongsilnya membengkak itu punca menyebabkan Si Abang muntah2...kemudian diberikan gas untuk mencairkan kahak....

Tapi bila tiba dirumah Si Abang masih lagi muntah2 tapi kali ni makin menjadi2 pulak rasanya....selang seminit mesti ada aje yang hendak dimuntahkan sehingga ada satu tahap yang memang dia mengadu betul2 dah tak boleh nak nafas ditambah kepala nya sakit....

Makanya kami terus buat keputusan Hospital Putrajaya yang paling dekat .....hampir jam 10 malam kami pun tiba di emergency dan sekali lagi Si Abang muntah betul2 di pintu masuk emergency...tapi Alhamdulillah MA kat situ memang cepat terus kami dimasukkan di Wad Kecemasan untuk Si Abang mendapatkan rawatan yang sebaiknya....masa tu aku tengok Abang betul2 dah tak larat nak bercakap dengan aku...senyum pun tak...yang pastinya oksigen dan pam sudah ada dimulutnya...dada dan perut abang dah berombak2...kesian aku tengok Si Abang...Bonda rasa bersalah pun ada sebab Abang memang sihat, Abang tak demam cuma Abang baru dapat selsema yang teruk di hari semalam...itu aje yang aku dapat katakan pada Doktor....tak lama lepas tu rawatan susulan seperti darah dan xray pun dah dibuat...cuma sekarang aku dah boleh lihat abang boleh bercakap..."Bonda Abang nak air masam boleh?" maknanya air 100plus lah tu...ok lah abang lega rasanya bonda bila Abang dah mula bercakap....

So, hampir jam 1.00 pagi baru doktor dapat keputusan darah dan xray mengatakan Adik Faiz Wafiy Admit Wad...menjerit doktor tu bagi arahan pada anak buahnya...aku sekali lagi berdebar-debar....kenapa? bila aku tanya pada attenden yang bertugas tapi diorang coolkan aku katanya nanti doktor akan terangkan pada aku....

Wad 2C katil No.15 disitulah kami ditempatkan.....malam tu aku lihat abang tidur dengan lena tapi dada dan perutnya masih berombak-ombak....di tangan di mulut di hidung semua dah berselirat dengan wayar...sesekali aku letakkan tangan aku kat dada dia....kesiannya anak bonda...kuatkan semangat ye abang....kemudian doktor datang bertanyakan macam2 tentang kesihatan dia..tentang rutin hariannya...dan doktor pun terangkan kenapa Abang ditahan wad..menurut laporan darah dan xray terdapat jangkitan virus pada paru-paru dia dan sel darah putih lagi banyak berbanding sel darah merah...maknanya tak normal.... aku terdiam sebab abang baru je selsema...demam pun tak ada...tapi doktor kata itu normal sebab nasib baik dia dapat rawatan yang cepat....Alhamdullillah....

Sepanjang berada di hospital layanan yang diberikan Staff Nurse memang begitu baik sekali..orang kata tiptoplah....aku tak pernah pun sentuh ubat yang diberi sebaliknya mereka akan memantau sendiri setiap ubat yang diberi...termasuklah mak bila tidur tak sedarkan diri tak pernah pun Staff Nurse mengejukkan aku..aku yang terkejut adalah mana tak nya tidur satu katil dengan anak siap bawa selimut dari rumah lagi...mengalahkan Abang yang sakit...tapi itu semua ok je sebab dah tak ada wayar yang berselirat sana sini berbanding hari first....

3 hari juga kami berkampung di Hospital Putrajaya...Alhamdulillah Abang makin sembuh dan sihat...aktif kembali dan ditambah dapat pula kawan baru....habis mereka berdua explore dari satu bilik ke satu bilik..meja doktor pun dah dibuat tempat main...tapi staff dan doktor kat situ semuanya baik2 bak kata dorang "xpe puan janji anak puan dah sihat"...hari terakhir darah diambil untuk pemeriksaan selanjutnya semuanya dah kembali ke normal bermakna pada 15Jun hari Sabtu Abang dibenarkan untuk keluar wad bermakna tiada unsur2 jangkitan kuman dan dibekalkan antibiotik dari Hospital untuk dimakan selama 5hari seterusnya.....

Tapi sepanjang kami berada di wad macam2 perkara yang berlaku...ada gembira sebab anak sembuh dan boleh keluar wad dan ada yang berduka di atas kejadian sebaliknya...ada satu baby ni umur 11bulan dimasukkan di wad yang sama dengan anak ku kerana demam seminggu yang tidak kebah dan mengalami sesak nafas macam Si Abang...tapi ini kes macam lagi kesian sebab baby tu demam sehingga mencecah 41"C...kami dapat tahu yang anaknya baru baik dari demam tapi diserang kembali sebab mungkin bila dihantar ke taska badan anak ni tadi dah lemah dengan pelbagai penyakit....so bila dah tiba di hospital memang agak sayu jugak tengok keadaan baby ni tadi....aku pegang kaki dia sejuk sangat macam ais batu bila menangis suara pun tak ada yang ada cuma bunyi batuk yang macam sakit sangat...malam tu jugak doktor pakar turun , aku tengok macam serius betul kes pesakit ni...aku pun tak berapa faham tapi alih2 baby ni tadi dah ditolak katilnya ke ICU...Ya Allah aku cuma berdoa dan berharap agar baby ni tadi diberikan kekuatan kepada dia dan juga kepada kedua ibubapanya....semoga baby tadi cepat sembuh...dan bila aku sempat menegur ayahnya mengatakan yang virus bukan saja menyerang paru2nya tapi jantung nya sekali...aku cuma boleh cakap banyakkan bersabar ye...si ayah ni tadi senyum dan cakap terima kasih...aku faham mana ada parents yang boleh terima kenyataan seperti ini termasuklah aku...tapi Insyaallah Tuhan dah tahu yang terbaik untuk kita semua....Semoga baby tadi cepat sembuh seperti sediakala...Amin....

Alhamdullillah , kini dan hari ini abang dah pun mula bersekolah.  Aku tengok perkembangan dia ok cuma seleranya belum ada lagi seperti sebelumnya...xpelah abang itu pun Bonda dah bersyukur sangat anak Bonda dah boleh aktif dan berkata2 seperti biasa....terima kasih Ya Allah berikan kesihatan yang baik semula kepada anakku Muhammad Faiz Wafiy dan aku doakan juga semoga pesakit yang berada di wad yang aku kenali secara langsung atau tidak langsung juga akan dikurniakan kesihatan yang baik...amin... Alkisahnya Alhamdulillah....

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template