Wednesday 24 July 2013

Emak

Assalamualaikum....
Salam buat semua emak2 di dunia...

Kalau nak cerita tentang emak rasanya semua orang dah tahu...tanpa mereka siapalah aku...tapi setiap insan yang bergelar emak ni apa dia buat semua nya confident tinggi punya...tengoklah zaman sekarang ni emak bawa anak kehulu dan kehilir naik kereta tak kiralah laju ke idak ke...tengoklah zaman sekarang ni emak moden bekerja dalam aircond tiap2 bulan ada gaji boleh beli apa yang anak2 dia nak...tengoklah zaman sekarang ni semua emak dah educated belajar tinggi2 dan lebih hebat dari profesor yang belajar bertahun2...tahu sebabnya...sebab emak adalah insan yang paling mulia dari semua segi aspek kerana emaklah aku dan kita semua ada di dunia ni...kita pinjam rahim dia tanpa apa2 bayaran pun...tak pernah pun tanya Emak selesa tak kami duk kat dalam ni? Emak selera tak makan hari ini? Emak sihat ke?....tapi itu semua kerjaNya...maha kuasa segala-galanya....

Emak hebat dari seorang profesor...sebab emak boleh buat tesis selama bertahun2 dari dalam rahim hinggalah si anak ni pandai bercakap cuma mungkin emak tak sempat nak buat kajian kerana siang dan malam penuh dengan assignment tanpa emak sedari....emak memang tak ambil exam tapi anak2 lah penentu segalanya....

Hebat tak jadi emak ni...heemmm memang hebat orang yang bergelar emak ni....anak riuh rendah dalam kereta tapi emak relaks jer macam tak ada apa2 masih lagi boleh bawa kereta...cuba si Ayah confirm anak2 dah kena....betul tak....

Bercerita tentang emak ni memang tak habis sampai bila2 sebab emak ni memang unik dan istimewa....walaupun di mana kita berada percaya tak emaklah tetap kita ingat terutamanya ketika kita sakit...emak lah dihati kita masa tu sebab kalau emak ada tentu sakit kita akan reda....emak memang magik...segala yang dipegang walaupun kena cubit tetap akan indah walau bila2...emak walau pun cuma menggoreng telur mata hangit tetap kita rasa sedap masakan itu....walau pun biasa makan di hotel tapi masakan emak tiada tolak banding nya...betul tak...

Emak kau memang insan yang unik....kenapa tiada tesis untuk mu emak untuk dibuat kajian....begitu hebatnya wanita yang bergelar seorang emak ini....termasuklah aku yang kini bergelar emak..termasuk  semua wanita yang bergelar emak....

Sebenarnya nak bercerita tentang emak ni bukan apa...tetiba bulan puasa ni diserang demam selsema...jadinya selera makan memang tak ada langsung yang boleh terima cuma air walaupun kebetulannya aku memang tak boleh berpuasa (bercuti bagi kaum wanita).....dan emak ni bila dengar anak tak sihat datanglah membawa pelbagai menu....itulah walaupun emak cuma masak ikan patin campak2 dlm air dengan hirisan bawang, asam keping, dan serai itu lah membuatkan seleraku terbuka kembali...sedap betul....apa2 ajelah yang dicampaknya semua sedap...betul tak kata aku...chef kat hotel pun kalah tau....hebatnya kuasa tangan emak ni....

Alhamdulillah Allah masih memberi kesihatan kepada emak ku untuk menyediakan hidangan yang simple walaupun sebulan tu sekali2 sekala jer dapat merasa air tangan nya tapi itu pun dah membuatkan aku bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk bermanja dengan emak walaupun aku ni dah pun bergelar emak......terima kasih Ya Allah....semoga emak ku diberikan kesihatan yang baik begitu juga emak2 kawan2 kita diluar sana...Insyaallah ....Alkisahnya Emak......

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template