Assalamualaikum...
Salam hormat di bulan Ramadhan...
Bila berkata atau bercerita tentang bulan Ramadhan ni mesti tak lari dari agenda berbuka dan tidak ketinggalan juga agenda mengenai sahur...Oh Sahur di bulan Ramadhan...ada orang memilih untuk bersahur awal contohnya di tengah malam katanya, ada yang tidak bangun bersahur, ada juga yang memilih untuk bersahur...tapi itu semua rasanya tidak salah di sisi agama ikut kemampuan tapi sekiranya kita bangun untuk bersahur berbagai fadhilat yang kita dapat darinya....
Alkisahnya ada terbaca satu artikel mengenai kepentingan sahur menurut sains...kalau nak diceritakan kebaikkannya dalam islam sudah tentu lah banyak tapi mat salleh pun dah buat kajian tentang betapa bagusnya Bersahur ni rupanya...di antara kepentingan yang telah pun alkisahnya dapat adalah.....
1. Kajian oleh Dr. Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersahur atau bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis;
2. Kajian sama menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang dalam proses tumbesaran dan pembelajaran:
3. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan dengan tidak bersaraapn pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran;
4. Kajian serupa, Universal School Breakfast Pilot Programme yang mengambil masa tiga tahn di Sekolah rendah Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kana yang bersarapan semangkuk bijiran dan susu setiap pagi, dapat menumpukan lebih perhatian di sekolah. Ini dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar yang bersarapan sebanyak 16 peratus bagi matematik dan 10 peratus bagi membaca;
Akhir sekali.......
5. Kajian oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 orang pelajar di Lousiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekuarnagna hemoglobin dalam darah).
Bermakna bermula dari sekarang bangun bersahur lah seperti biasa walaupun di bulan Ramadhan untuk mendapat kebaikan yang telah dinyatakan seperti di atas. Alkisahnya harap dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua....Alkisahnya KepentinganSahurOhSahur.....
February boy..
5 years ago
0 comments:
Post a Comment