Monday 25 February 2013

RangsangMindaAnak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Salam Hormat dan Salam Sejahtera...
Alkisahnya ingin berkongsi mengenai Tips untuk RangsangMindaAnak anda... Mari kita sama-sama membaca dan praktikkannya...
Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.  Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk.  Inilah sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Memang ramai ibu bapa mengimpikan mempuyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij.  Namun jangan risau tips-tips dibawah ini kita boleh mempraktikkan bersama-sama.  Akisahnya pun akan cuba praktikkan apa info yang telah dapat sambil membelek suratKhabar seperti kebiasaannya..
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
1.  Masa berdua dengan anak kerana walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap mahukan kehadiran anda dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan..Berdua dengan anak sambil berbual bertukar idea lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil berbanding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti.  Macam-macam yang boleh dilakukan samada secara santai ataupun dirancang bersama, so apa lagi praktikkan ye...
2.  Membaca buku bersama bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia jadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil...lebih-lebih lagi bila si kecil memberi respon seperti bertanya dan sebagainya.
3.  Bermain Olok-Olok juga merupakan aktiviti yang amat digemari anak-anak ini kerana mereka mempuyai daya imaginasi yang tinggi. Jadi tak salah kalau kita terlibat sama untuk bermain permainan tersebut...
4.  Mempunyai Kehidupan Sosial dan kita juga perlu tahu yang kanak-kanak sekarang amat akrab dengan teknologi.  Tarikan teknologi amat hebat dan kadang kala membuatkan sehari suntuk anak-anak duduk dihadapan pc berjam lamanya.  Sebagai ibubapa kita kenalah menggalakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawan kerana ia membantu mereka meningkatkan kemahiran bersosial.  Ketika bermain inilah dia akan belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding.  Kemahiran inilah sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan sendiri...Sesekali tu pemantauan perlu ada ye...
5.  Bermain dengan permainan yang ada peraturan dan menguji minda kerana dapat belajar untuk bersabar, menunggu giliran dan mematuhi peraturan. 
6.  Memasuki kelas kanak-kanak ini termasuk kelas mempertahankan diri, muzik, lukisan atau apa saja bersesuaian dengan minat mereka.  Ini boleh membantu mereka belajar berinteraksi, bersosial, mendengar dan mematuhi arahan seta memperbaiki keseimbangan badan.  Secara tidak langsung ianya juga boleh meningkatkan keyakinan diri si kecil.
7.  Aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti yang tidak terikat dengan peraturan.  Ibubapa juga digalakkan untuk menyertai aktiviti ini supaya kita sebagai ibubapa tidak terlalu mengawal kerana secara tidak langsung anak-anak dapat belajar kemahiran bermain dalam kumpulan.
8.  Menonton televisyen bersama-sama sudah semestinya kerana tidak mustahil sekarang televisyen merupakan saluran yang paling mudah didapati disetiap rumah dan sambil menonton kita boleh membina keyakinan anak-anak melalui pelukan, gelak ketawa atau sebagainya yang positif....
Insyaallah sekiranya apa yang kita lakukan adalah kebaikan maka kebaikan lah yang akan diterima...
Alkisahnya tips untuk RangsangMindaAnak....Selamat mempraktikkannya ....


2 comments:

ricca said...

tq ngan info...bnyk gak input utk kt2 yg anakmtgh berkembang naik ni...kdg2 kt ni xtau cara didikan utk budak zaman skang...yg kt tau cara dulu yg mak bapak kt didik kt...mgkin x salah cara lama cuma anak2 ni berubah ikut zaman kot...ye ke?

Alkisahnya... said...

Betul memandangkan Ibubapa ramai yang bekerjaya apa kata kita praktikkannya bersama.
Alkisahnya balik ni nak praktikkan bersama Si Comel tu...

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template