Wednesday 13 February 2013

Pemurah Nabi SAW Tiada Tolok Bandingan

Assalamualaikum ...
Salam Hormat dan Salam Sejahtera buat semua Muslimin dan Muslimat sekalian....
"Jika Anda Fakir dan Miskin, Maka Bagindalah Teladan dan Contoh bagi Anda,
"Jika Anda Kaya, Maka Bagindalah Imam Anda,
"jika Anda Berangkat untuk Berperang, Maka Baginda SAW juga turut serta berperang".....

Hari ini Alkisahnya ingin berkongsi Ilmu yang tidak seberapa diperolehi ketika membaca Suratkhabar seperti sediakala... Sifat Pemurah Baginda SAW antaranya :
- Baginda SAW pernah membahagikan selembah kambing kepada seorang Badwi yang baru memeluk agama Islam, lantas apabila ia pulang, ia berkata : Wahai kaum, masuklah kamu kepada Islam kerana Muhammad apabila memberi tidak takutkan kefakiran.
- Baginda SAW sanggup berhutang bagi pihak orang lain kerana membantu Umatnya.  Hal ini telah tercatat dalam Sirah Baginda SAW.
- Baginda SAW menggalakkan isterinya supaya bersedekah dan berinfak apabila datangnya tetamu atau peminta sedekah.
- Rasulullah SAW mengajak para sahabatnya untuk sama-sama berinfak fi sabilillah sebagaimana yang berlaku di dalam Peperangan Tabuk.
-  Seorang lelaki pernah datang menghadap Rasulullah SAW dan tertarik kepada baju Baginda, lantas berkata : Sudikah hai Rasulullah kamu hadiahkan pakaian ini kepadaku?  Kemudian Baginda masuk ke rumahnya dan menanggalkan baju tersebut seterunya menghadiahkan kepada orang yang meminta itu.
- Seorang Ansar berkata : Sungguh luar biasa dermawan yang ada pada dirimu hai Rasulullah.

Sesungguhnya sifat pemurah Rasulullah SAW lebih ketara pada Bulan Ramadan......

; Petikan ini dibaca dan diambil dari @MegaAgama, HarianMetro

2 comments:

Hanis Azla said...

Subhanallah.. begitu indah peribadi Rasulullah saw.. Selawat dan salam ke atas Baginda.. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian yang baik ini..

BatuBelahBatuBertangkup said...

Insyaallah... semoga Keperibadian Baginda SAW menjadi rujukan kita selamanya....

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template