Wednesday 8 May 2013

Bas

Assalamualaikum...
Salam Hormat dan Salam 4Mei yang lalu jua...

Tarikh 4Mei2013 merupakan orang ramai berpusu-pusu nak balik ke kg sebab esok 5Mei nak mengundi... Apapun Alkisahnyapun tidak ketinggalan bersama-sama berpusu-pusu di Pekeliling menyibukkan diri semangat berkobar-kobar balik kampung nak mengundi..tepat jam 8 pagi En.Kekanda dan Aku dah sampai dan kagum sekejap sebab ramainyala orang tapi itu semua tidak mematahkan semangatku nak balik mengundi dan yang paling penting nak lepaskan rindu dendam pada anak2 ku yang telah sekian lama duk kat kg memandangkan aku kena kerja Outstation ke Terengganu pada 1Mei yang lepas...Sedey sebab orang semua cuti tapi kena kerja...tapi tak ada hal lah...
Ok, kenapa aku tak balik dengan En.Kekandaku kerana dia kena berjuang di kampung halamannya... Xpelah 5 tahun sekali jer kan..Ok patah balik cite kat pekeliling tadi.. Aku pun bergegas melompat dari kereta *Audi*ku sebab jam kat kereta ku menunjukkan kul 8 pagi.  En. Kekandaku confident n yakinkanku yang aku akan berjaya mendapatkan tiket jam 8pg atau paling idakpun kul 9pg...Tapi bila aku berbaris wah lajunya line ni mesti lariskan tiket bas...hemmmmm...sangkaanku meleset sebab kakak kaunter muka control manis aje bagitau kul10 ye dik...Kecewanya dan tanpa melengahkan masa aku berjalan ke arah utaraku untuk berbaris menanti bas lompat2 dari Pekeliling ke Bentong, dari Bentong ke rumahku.. Aduiiii..redha ajelah...
Kenapa aku panggil bas lompat2?.  Bukan sebab bas tu yang melompat tapi orang kat dalam bas yang melompat2 bila da sampai destinasi kena lompat kuar dari bas cepat2 sbb nak kejar bas lompat lagi satu supaya cepat sampai ke destinasi.  Kalo naik bas Ekspres tak perlulah melompat2 duduk aje tunggu masa dah sampai...itulah namanya bas lompat2...
Ok stop cite sampai makna bas lompat2....Patah balik ke version utama iaitu aku tgh tunggu bas...Tgh tercangok-cangok termangu-manggu tunggu bas yang tak nampakpun side mirronya tiba2 Nokiaku berbunyi...lagu Sayang Maafkanlah Kita Harus Putus...xsempat nak call dia dah cal blk..Tanya kat mana?  aku ckp cari syg dipenghujung jalan ke arah utara...Dia nampak dia lambai akupun lambai tp masalahnya bukanpun jauh nak lambai2 tangan 5langkah sampailah...ehhh apa cite ni , macam filem hindustan...ok sambung balik citer...hemmm gitulah perangai En.Kekandaku kalutvsambilberat kot...
Tiba-tiba tengah kami ramai2 ni berbaris menanti kan Brother bawak bas nak jalan Bas Ekspres hon beri isyarat supaya kami ke tepi..yelah kalo dah halang laluan nya macamana bas nak lalu kan...so kami-kami yang berbaris di belakang ni tadi pun mengundurkanlah diri buat seketika sebab agaknya tauke bas tu pun turut suruh kami ke tepi sebab tak nak perkara yg tak di ingini berlaku....mata aku terpandang pada sorang kakak ni dgn anak kecilnya dalam lingkungan 2 tahun tak berganjak dari bas...aku dah tak sedap hati sbb nak berebut pun pintu bas dengan drebar pun tak ada lagi...so tak perlu tergesa2 setakat perjalanan 2 jam aku rasa aku larat jer berdiri dalam bas atau pun bagi jer tempat duduk tu pada kakak yang bawa anak kecil ni...tapi itu dalam hatilah berkata-kata sebab bas ekspres tadi dah pun mula bergerak perlahan-lahan .... Aku cuma berharap kakak dan anaknya itu tadi ok jelah sbb hati aku mula rasa tak sedap macam mata ni akan tgk perkara yg buruk ajer...tapi aku diam tgk dari jauh....
Dalam bas ekspres tu nak ambil side nak selekoh tiba2 orang ramai yg tak nak berganjak dari bas lompat2 tu mula menjerit...aku dah panik sbb apa yg diorang panikkan tu...mata aku cuma mencari kakak dan anaknya itu tadi sbb tak fikirkan org lain...tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu mamat cina ni ...Ya Allah dia tersepit di antara bas ekspres dan bas lompat2 dpn mata aku sedang menahan kesakitan dan yg sedihnya bekalan yang dibawanya tercampak ke tanah...Bas ekspres masih lagi bergerak sebab amaran sudah dibagi awal kepada penumpang semua tapi inilah akibatnya kita tidak mahu berganjak dan mendengar arahan...bila bas ekspres melepasi Bas lompat tadi lelaki tu menggeletar kaki dan tangannya menahan kesakitan...Aku mulanya takut dan panik yelah sebab benda tu jadi depan mataku...kesian aku tgkkannya...tapi masyarakat malaysia ni prihatin ada yg menolong mengutip barang yang jatuh...dan aku pun beranikan diri pergi ke budak cina ni tadi...aku tgk tangan dia mengeletar lagi...aku tanya di ok tak..if tak kami nak telefon ambulan ....dia masih boleh bercakap tapi kami tgk kesan di perutnya...takut juga mgkn kesannya di dalam sebab dia betul2 tersepit...kami tawarkan lagi nak call ambulan tapi dia tak nak katanya dah ok...
Kamipun bila dia dah kata ok terus masing2 beredar tapi sempat jugak menjeling manalah tahu muntah darah pulak ke...Bas pun dah bergerak bila masing2 telah membayar tambang yang dikenakan iaitu sebanyak rm6 jer...tapinya perjalanan mengambil masa selama 2 jam..perjalanan yang menggunakan jalan kl lama menuju ke bentong memang mengasyikkan kerana melalui kawasan perkampung orang asli...memang cantik giler..patutlah dorang tak nak menerima kemudahan yang lain sebab memang sejuk mata memandang..sejuk lagi hatiku yang tak keruan nak berjumpa dengan Si Abang dan Si Adik...Alkisahnya Bas....

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template