Wednesday 22 May 2013

Lif...

Assalamualaikum
Salam Hormat dan Salam pagi Rabu

Pagi rabu yang indah...tiap-tiap hari indah...lagi indah bila time cuti ...lagi indah...
Ok Alkisahnya bukan nak bercerita tentang hari cuti yang indah tapi pagi rabu hari ini yang begitu indah...LIF..pagi-pagi dah buat perangai...

Dipendekkan cerita Alkisahnya duduk di Kuarters so memandangkan bangunan tu setinggi 17 tingkat jadinya pihak pengurusan telah menyediakan sebanyak 3 buah lif untuk kegunaan para penghuni yang bijaksana untuk berulang alik dari atas ke bawah dari bawah ke atas nak ketengah ke, tapi yang menjadikan masalah dari 3 buah lif hanya tinggal 2 lif sahaja yang berfungsi...bermakna kami kena tunggu turn untuk menggunakan lif menghala ke bawah memandangkan waktu pagi memang semua orang akan menggunakan lif...
Itu juga tidak menjadikan masalah cuma masalahnya masa inilah lif nak buat hal waktu pagi semua orang sibuk nak menggunakan dia masa inilah dia buat hal...ada jugak dekat 10minit kami berempat beranak ni tercegat dpn lif asal lif terbuka aje dah penuh asal lif terbuka aje penuh...so kami decide lif yang menghala ke atas kami naik biarlah satu bangunan tu kami naik yg penting tak nak buang masa lagi tercegat depan lif....
Kami naik berempat tapi bila setiap kali pintu lif terbuka ada orang akan masuk dan setiap kali bila pintu lif terbuka orang akan naik sampailah lif tu overload...so terpaksalah sorang hamba Allah ni merelakan dirinya keluar ke tingkat 3 sebab dah overload....
Si Abang pula setiap kali bertambahnya orang naik lif dia mesti berbunyi ramainya orang...aku pun bagi signal dekat dia cakap slow-slow tapi rasanya semua orang dengar sebab sunyikan "Abang lif ni untuk semua oranglah tak baik cakap macam tu, semua orang nak cepat tau".....Aku faham mungkin dia dah rimas sebab dia dua beradik ajer yg kecik dalam lif mgkn dah rimas yelah lif dah menjelajah satu bangunan kot setiap tingkat lif tu akan berhenti untuk mengangkut penumpang...
Akhirnya sampai jugak destinasi kami iaitu LG....lega aku dan cepat2 kami menuju haluan masing-masing sebab nak punch kad tapi nasib mungkin tidak menyebelahi sebab masa punch kad dah merah aku dapat hari ini...takpelah janji semuanya dah selamat sampai ke destinasi masing-masing...Alkisahnya Lif....

0 comments:

 
BatuBelahBatuBertangkup Blogger Template by Ipietoon Blogger Template